BIASISWA ZAKAT MAIK 2016 – PERMOHONAN BIASISWA MAIK ONLINE

Biasiswa Zakat MAIK 2016 – Permohonan Biasiswa MAIK Online.

Khas kepada anak kelahiran negeri Kelantan, Majlis Agama Islam Kelantan menyediakan inisiatif bantuan kewangan pendidikan kepada calon pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka ke Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA) bagi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Permohonan Bantuan MAIK

  • Khas untuk diploma dan Ijazah sahaja.
  • Hantar borang selepas 1 bulan dari tarikh memohon.
  • Buat permohonan dan hantar borang sebelum pendaftaran, atau paling lewat 2 bulan selepas daftar.
  • Tiada biasiswa lain.
  • Pendapatan keluarga rendah.

Dokumen untuk memohon MAIK

  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak pemohon.
  • Salinan Surat Tawaran IPT.
  • Salinan Penyata Akaun Bank Islam Atau Bank Simpanan Nasional.
  • Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak ibubapa @ penjaga.
  • Salinan Kad Pengenalan / Surat Beranak Tanggungan ibubapa @ penjaga.
  • Salinan surat mati/surat cerai ibubapa @ penjaga (jika berkaitan).
  • Salinan Slip gaji ibubapa @ penjaga sekiranya kerajaan @ institusi yang mengeluarkan slip gaji.
  • Salinan Slip pencen sekiranya bersara.

Cara Memohon

Kepada anda yang memenuhi syarat-syarat di atas dan berminat untuk memohon bantuan MAIK, anda boleh membuat permohonan dengan melayari pautan di bawah:

  1. Isi Borang MAIK ONLINE
  2. Cetak Borang untuk di hantar kepada MAIK
  3. Semak permohonan MAIK di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button