CARA MENJAGA GIGI TETAP SIHAT

Menjaga gigi yang sihat adalah langkah penting untuk memastikan kesihatan mulut dan keseluruhan tubuh. Dengan penjagaan gigi yang betul juga, ia dapat terhindar dari mulut berbau busuk, gigi berlubang, gusi bengkak dan sebagainya. 

Berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh diamalkan untuk menjaga gigi sentiasa sihat:

  1. Berus Gigi dengan Betul dan Gunakan ‘Floss’: Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, selepas makan pagi dan sebelum tidur malam dan floss gigi sekurangnya sekali sehari untuk membersihkan sisa-sisa makanan di antara gigi yang tidak dapat dibersihkan dengan memberus gigi.Gunakan berus gigi yang berbulu lembut dan pastikan untuk memberus semua permukaan gigi secara lembut dan menyeluruh.
  2. Kurangkan Pengambilan Gula: Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis sebab gula boleh merosakkan gigi dengan mempercepatkan pertumbuhan bakteria dalam mulut.
  1. Kunjungi Doktor Gigi Secara Berkala: Jadualkan janji temu dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pemeriksaan berkala dan membersihkan gigi profesional. Doktor gigi juga boleh memberikan nasihat dan rawatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan gigi.
  2. Amalkan Makanan Berkalsium: Makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju, dan yogurt untuk membantu menguatkan gigi.
  1. Elakkan Merokok dan Mengambil Alkohol Berlebihan: Kedua-dua tabiat ini boleh merosakkan gigi dan gusi serta meningkatkan risiko penyakit gusi.

Menjaga gigi yang sihat adalah investasi jangka panjang untuk kesihatan mulut dan keseluruhan tubuh. Amalkan tips-tips di atas secara konsisten untuk mengekalkan senyuman yang cerah dan gigi yang kuat!

Bagi adik-adik yang berminat meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian, atau farmasi, sama ada di dalam atau di luar negara, jangan ragu untuk melawat laman web kami di https://medicmesir.com/.  Untuk layanan yang cepat, sila hubungi atau berbual dengan kami di 013-3023030. Mari bergabung dan wujudkan impian menjadi seorang doktor!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button