Salam,
Setakat hari ini, Ummi telah menghubungi Dekan semua Fakulti (perubatan, pergigian dan farmasi). Setakat ini dibawah adalah jadual permulaaan kuliah. Ini masih tertakluk kepada perubahan.
Mansoura
Program Manchester Sem 2 dan 4 akan bermula 1hb Mac 2011
Sem yang lain akan bermula 19hb Feb 2011
Program dan Regular belum ada kepastian
Alexandria University
Perubatan dan Pergigian akan bermula 5hb Mac 2011
AlAzhar University
Perubatan dan Pergigian akan bermula 1hb Mac 2011
Tanta University
Perubatan dan Pergigian akan bermula 8hb Mac 2011
Zagazig University
Perubatan dan Farmasi akan bermula 1hb Mac 2011
Sungguhpun ini tarikh tentatif yang telah diputuskan oleh Universiti setakat ini, namun, pada hakikatnya, kita semua perlu akur dengan keputusan dari kerajaan Malaysia mengenai tarikh yang selamat untuk semua pelajar pulang ke Mesir. Kita perlu faham, Universiti agak kelihatan tergesa-gesa memulakan kuliah kerana agak ‘panic’ dengan pelan evakuasi secara besar-besaran oleh kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun pada 20hb Februari 2011, Ummi secara peribadi akan ke Mesir untuk meninjau keadaan semasa dan akan memberi komen selanjutnya hasil dari scenario lawatan tersebut. (Doakan Ummi OK!)
Teruskan berdoa. Semoga Allah swt memberi kemudahan didalam segala urusan kita. Ameen Ya RAb!
Salam sayang,
UmmiMM