
Mesir adalah sebuah negara yang sesuai untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ini. Sejak era 70-an lagi, kerajaan Malaysia telah menghantar para pelajar ke Mesir untuk mempelajari bidang perubatan. Mesir juga telah berjaya melahirkan ramai tokoh dalam bidang ini yang berjaya, dan salah seorang daripada mereka adalah Dato’ Amin Ariff Nuruddin ( MBBCH ) University of Mansoura , yang sekarang bertugas sebagai Konsultan Kardiologi, Institut Jantung Negara.
Antara kelebihan mempelajari bidang perubatan di Mesir adalah seperti berikut:
1. Diterapkan nilai-nilai Islam
Mempelajari perubatan di Mesir antara kelebihannya adalah pelajar-pelajar sentiasa diterapkan dengan nilai-nilai Islam di dalam persekitaran mereka. Para Pensyarah di Mesir sering mengaitkan fenomena perubatan dengan kaitannya dalam Al-Quran dan hadith. Para pelajar juga boleh menghadiri pelbagai kelas-kelas pengajian agama yang disediakan oleh para pelajar jurusan agama di universiti Al-Azhar. Persekitaran Islam di sini juga memudahkan para pelajar mencari makanan halal tanpa perlu ragu ragu.
2. Kemahiran klinikal
Kemahiran klinikal di sini memang diakui antara yang terbaik. Para pelajar didedahkan dengan kemahiran klinikal yang lengkap untuk mendiagnosis pesakit. Secara amnya, doktor di Mesir sudah dilatih untuk mendiagnosis pesakit hanya bergantung pada sejarah kesihatan dan pemeriksaan klinikal pesakit. Hal ini kerana, kekurangan teknologi modern yang mengakibatkan doktor-doktor di Mesir terpaksa menggunakan kemahiran klinikal. 70% diagnosis dibuat berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan dan bakinya hanyalah untuk pengesahan menggunakan makmal. Perkara ini sangat berbeza dengan perubatan di negara-negara maju seperti United Kingdom dan United States of America di mana diagnosis penyakit banyak bergantung pada penyiasatan makmal dan pengimejan dan menyebabkan pesakit terpaksa menanggung kos kewangan yang tinggi.
3. Peluang pekerjaan
Pelajar-pelajar yang belajar di dalam bidang perubatan di Mesir juga mempunyai kelebihan peluang pekerjaan jika mereka memilih bekerja di luar Malaysia. Ramai graduan-graduan Mesir yang diterima bekerja di negara-negara luar seperti Dubai, United Kingdom dan juga sekitar Eropah. Ini kerana negara Mesir mempunyai hubungan yang rapat dengan negara-negara tersebut.
Jadi, apa tunggu lagi? Anda berpeluang untuk cipta pengalaman yang sedia ada ini dengan belajar di Mesir. Boleh layari www.medicmesir.com untuk info yang lanjut atau hubungi Kaunselor MedicMesir di talian http://www.wasap.my/60133023030/NakJadiDoktor untuk bimbingan dalam menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian mahupun farmasi ke negara Mesir. Anda boleh mendaftar sekarang dan sertai Taklimat MM bersama Ummi MedicMesir untuk keterangan yang lebih terperinci.