KEMASKINI STATUS TAJAAN JPA / MARA ~ UTK PELAJAR TAHUN 2 KEATAS

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,

1. Semoga kita semua berada didalam pemeliharaan dan rahmat Allah swt.
2. Posting ini merujuk kepada keputusan tajaan JPA dan MARA untuk anak-anak MedicMesir bagi sesi 2013.


TAJAAN JPA 
3. Seperti yang telah dimaklumkan melalui FaceBook, keputusan tajaan JPA yang sepatutnya diumumkan pada 26hb April 2013 telah diubah ke 6hb Mei 2013 atas alasan masalah teknikal server di JPA dan pegawai JPA juga terlibat didalam PRU 13. 

Sila rujuk posting asal :
https://medicmesir.com/2013/04/26/keputusan-permohonan-tajaan-jpa-ski/

TAJAAN MARA 
3. Merujuk kepada rayuan serta usaha tajaan bagi pelajar dalam kategori Jayyid. Alhamdulillah, bagi mereka yang menghantar borang dan rayuan awal, surat tawaran MARA telah mula dikeluarkan. Ini mungkin secara berperingkat dan dimaklumkan yang ianya akan mengambil masa kerana jumlah permohonan yang banyak.  Sila ambil maklum, segala kelulusan adalah hak mutlak MARA mengikut kelayakan SPM dan Tahun 1 anak-anak. 

USAHA RAYUAN LANJUTAN MEDICMESIR
4. Untuk menyelaraskan usaha rayuan MedicMesir yang berterusan. Sukacita sekiranya, dapat anak-anak MedicMesir yang terlibat untuk mengemaskini status masing-masing di link yang disediakan DISINI

‘DOUBLE OFFER’
5. InshaAllah, seperti tahun-tahun yang lepas, akan terdapat kes dimana anak-anak akan mendapat ‘double offer’ ~ JPA dan MARA. Mohon agar, anak-anak dapat menerima pilihan MARA dan menolak JPA. Mohon kerjasama bagi pelajar yang didalam kategori ini, memaklumkan terus melalui didalam link diatas. Semoga dengan kerjasama ini, MedicMesir dapat membantu merayu bagi teman-teman kalian yang gagal mendapat sebarang tajaan.

‘SELAMAT BERIMTIHAN’
5. TAHNIAH bagi yang berjaya 🙂 Bagi yang belum dikurniakan rezeki tajaan, USAHA lagi. Allah telah menetapkan rezeki semua anak Adam, hanya kita lah yang perlu berUSAHA untuk mendapatkan nya. BiTAUFIQ WaNajjah fi IMTIHAN! Cemerlang untuk Ummah. Doa agar dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat ! Ameen ya Rabb.

Uhhibukum Fillah,
UmmiMM

https://medicmesir.com/2013/04/26/keputusan-permohonan-tajaan-jpa-ski/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button