Assalamualaikum kepada semua warga Medic Mesir. Untuk makluman harga visa 3bulan yang dulu berharga RM165 telah dinaikkan sebanyak RM90 dan jumlah keseluruhan menjadi sebanyak RM255 berkuatkuasa pada 15 September 2020 oleh pihak Kedutaan Mesir. Kemudian pada 21 September, ada kenaikan harga yang kedua dan secara keseluruhan harga visa untuk 3 bulan berjumlah RM285.
Pihak Kedutaan Mesir juga telah memberikan maklumat bahawa Visa untuk 6 bulan telah ditutup dan hanya Visa 3 bulan sahaja boleh dilakukan buat masa sekarang.
Sekian terima kasih.
MM Team.