Makluman Kuliah Mansoura

Surat rasmi ini (klik link dibawah) dikeluarkan untuk memaklumkan mahasiswa/wi Universiti Mansurah, bahawa tarikh mula kuliah Universiti Mansurah adalah 5 Mac 2011 bagi mahasiswa/wi Perubatan Konvensional & PerubatanManchester yang telah berada di Mansurah sahaja supaya para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. (Tertakluk pada pindaan)

Tarikh permulaan kelas yang rasmi bagi semua mahasiswa/wi Perubatan Konvensional & PerubatanManchester secara umumnya adalah pada:

12 Mac 2011 – Pelajar Klinikal

19 Mac 2011 – Pelajar Pra-Klinikal (Tahun 1,2, & 3)
19 Mac 2011 – Pelajar Farmasi & Pergigian

Pihak universiti akan cuba sedaya upaya bagi menyediakan cara alternatif bagi para pelajar yang tidak dapat mengikuti kuliah pada tarikh 5 Mac 2011, agar para pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Pesanan daripada Dr. Nesrene, beliau mengingatkan supaya para pelajar dapat menguruskan pembayaran yuran pembelajaran sementara masih di Malaysia. Beliau juga turut berpesan supaya jangan terlalu risau dengan keadaan di Mesir sekarang ini, dan mengucapkan selamat kembali ke Mesir.

Diingatkan bagi pelajar yang masih belum menduduki peperiksaan, pihak universiti akan berbincang supaya tarikh peperiksaan akan dianjakkan sehingga semua calon peperiksaan pulang ke Mansurah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button