PELAN B STAR { KHAS UNTUK PELAJAR SESI 2013 / 2014 }

Bismillahirahmanirahim, Assalamulaikum, wbth


1. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhamad SAW, keluarga serta para sahabat baginda. 

2. Posting terdahulu adalah dirujuk.  Seperti yang dimaklumkan terlebih dahulu MedicMesir menyediakan ‘Pelan B Star’ khas untuk pelajar yang memilih untuk meyambung pengajian di Malaysia. Posting ini khas untuk pelajar Sesi 2013/ 2014. Makluman untuk pelajar yang sudah berada di Mesir akan dibuat didalam posting yang berlainan.

3. Program yang ditawarkan adalah :-

a. Asasi Sains – bagi pelajar lepasan SPM.
(untuk MBBS / Dentistry / Farmasi)
(Syarat kemasukan ~ minima B didalam 5 subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan atau Matematik Moden, atau mana-mana satu lagi subjek lain)
Contoh: Jika Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Moden adalah A atau B tetapi, Matematik Tambahan adalah C.  Ini dibenarkan kerana sabjek gantian B yang lain boleh diambil dari subjek lain seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan lain-lain.

b. Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery ~ MBBS Tahun 1
(Syarat kemasukan ~ minima 3.0 didalam matrikulasi atau asasi sains / foundation )


c. Bachelor of Dental Surgery ~ BDS Tahun 1
(Syarat kemasukan ~ minima 3.0 didalam matrikulasi atau asasi sains / foundation )

Pelajar yang memenuhi syarat a, b dan c diatas akan diuruskan tajaan MARA  

4. PILIHAN UNIVERSITI

Seperti yang sedia maklum, beberapa pilihan telah diberikan antaranya Pelan B ‘STAR’ 

a. Alhamdulillah, MedicMesir telah memutuskan untuk memilih 2 Universiti sebagai Pelan B STAR iaitu :
i. MAHSA UNIVERSITY 
ii. KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH (KUIN)

b. Untuk kedua-dua Universiti pilihan diatas, beberapa pelan tindakan akan diambil.

  • MedicMesir akan menubuhkan Kelab MedicMesirMahsa (MMM) dan MMKUIN. Oleh itu, pendaftaran ke kedua-dua lokasi mestilah dibuat secara kelompok melalui MedicMesir (melalui borang yang disediakan).
  • Tiada bayaran tambahan dikenakan kepada pelajar. Ini adalah atas usaha MM dengan Universiti berkenaan agar pelajar MM yang dihantar ke Universiti berkenaan mencapai objektif untuk mengikuti Program Sains Kesihatan dan diberi tajaan oleh MARA (jika layak)
  • Beberapa aspek telah dilakukan didalam penilaian kedua-duanya diantaranya :-
    • Kemudahan pengajian
    • Kemudahan mendapat tajaan. 
    • Kebenaran untuk MedicMesir bersama-sama pelajar semasa tahun pertama untuk memastikan pelajar-pelajar mendapatkan perkhidmatan terbaik dari kedua-duanya.
    • Program sokongan membantu kecemerlangan pelajar seperti Program ‘JOM! Mumtaz ‘ yang dijalankan di Mesir. Ini membolehkan ibubapa mendapatkan laporan kedudukan anak-anak melalui MedicMesir (sehingga anak-anak mendapat tajaan)
b. Dari segi akademik dan penajaan antara pemantauan penting yang dijalankan oleh MedicMesir adalah, untuk memastikan perkara berikut:-

Bagi pelajar Asasi Sains / Foundation 

  • Kemudahan / Program yang disediakan adalah mengikut ketetapan KPM dan kualiti yang terjamin.
  • Semua yang mendapat 3.0 keatas mendapat tempat melanjutkan pengajian MBBS Tahun Pertama.
  • Setelah lulus, masuk Tahun pertama, bantuan didalam menguruskan tajaan dengan MARA

Bagi semua pelajar sesi 2013 yang sudah mempunyai Matrikulasi / Asasi

  • Mendapatkan tempat di Tahun 1 MBBS
  • Membantu menguruskan tajaan MARA untuk Tahun 1.

c. PENDAFTARAN UNIVERSITI ‘PELAN B STAR’


MAHSA UNIVERSITY 
i. PREVIEW pada 7hb September 2013, jam 10 pagi -12 tghri.
ii.Bagi pelajar yang berminat anda boleh mendaftar terus ke asrama (dalam lokasi yang sama)
iii. 3 Program ditawarkan ~ Perubatan / Pergigian / Farmasi
iv. Alamat preview; MAHSA UNIVERSITY (Jalan Elmu off Jalan Universiti, 59100 KL) ~ Sebelah Hospital Universiti.

KUIN
i. Tiada sebarang PREVIEW diadakan. Pendaftaran terus akan diadakan pada 29hb September 2013 (Ahad) jam 10 pagi -12 tghri.
ii. Hanya 1 program sahaja iaitu ~ Perubatan.

d. KUOTA PENEMPATAN
Tempat adalah TERHAD, tetapi cukup untuk semua pelajar MM Intake 2013. Tempat lebihan akan diberikan kepada agensi lain yang berminat.

e. BORANG PENDAFTARAN
Pelajar yang berminat untuk program diatas, sila ISI BORANG PENDAFTARAN diatas.

f. BORANG PENDAFTARAN (klik link ini)
MBBS / MDC  – Wang Deposit sebanyak RM2620 
FARMASI – Wang Deposit sebanyak RM 2120
Foundation – RM1520

– Sila buat bayaran di akaun: CampusCity Management (Maybank – 512802506800). Sila fax resit ke 03 89423827 atau email ke medicmesir@gmail.com dengan menyatakan NAMA PELAJAR / NO HP dan PROGRAM. Jabatan akaun MM akan terus menghubungi anda sebaik penerimaan slip berkenaan.
– MM akan menyerahkan wang deposit ini kepada Universiti berkenaan dan resit akan dikeluarkan oleh pihak Universiti melalui MM pada hari Sabtu. InshaAllah. 
– Bagi mereka yang telah membayar penuh RM15,000. Boleh memilih untuk menolak dari BAKI WANG ini secara terus.

g. JAMINAN TEMPAT
Sesiapa yang mendaftar online dan membayar deposit akan dijamin tempat. Bagi mereka yang membayar selepas kuota ini penuh akan dimaklumkan dan wang anda akan dipulangkan.  Pelajar boleh juga hadir terus ke hari PREVIEW MAHSA pada Sabtu, 7hb September 2013. Tetapi, penempatan bergantung kepada kekosongan.

Semoga usaha ini mendatangkan manfaat. Semoga dipermudakan segalanya.

Salam,
UmmiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button