PENDAFTARAN ‘DOCTOR OF DENTAL SURGERY’ MAHSA UNIVERSITY – 28hb September dan 5hb Oktober 2013.

Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth, Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Posting ini merujuk kepada permohonan pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti Program ‘Doctor of Dental Surgery’ (DDS) MAHSA University.  

2. Sila ambil maklum, surat tawaran serta makluman mengenainya telah dihantar ke email anda. 

3. Sila ambil maklum, pendaftaran akan bermula pada jam 10 pagi di Auditorium MAHSA, Petaling Jaya. InshaAllah, Dekan, Fakulti Pergigian, Professor Dato’ Dr Nor’ain Abu Talib akan memberi sedikit sebanyak penerangan mengenai Program DDS di Mahsa University.

4. Untuk tujuan prosesan ‘pindah kredit’, semua dokumen pelajar akan dihantar ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) oleh pihak MAHSA. Ini adalah bagi membolehkan semakan dan pilihan penempatan dibuat mengikut pilihan tahun dan universiti.  Oleh itu, semua pelajar diminta untuk membawa 2 salinan untuk tujuan penghantaran ke KPM. Sila serahkan semasa pendaftaran dokumen-dokumen dibawah.
a. Salinan Kad Pengenalan;
b. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
c. Salinan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Matrikulasi / Asasi (jika ada);
d. Salinan surat tawaran daripada universiti di Mesir (jika ada);
e. Keputusan peperiksaan bagi setiap semester di Universiti di Mesir (jika ada);
f. Salinan Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) (jika ada);
g. Salinan surat tawaran penajaan / pinjaman (jika ada);dan

h. Salinan surat tawaran IPT di Malaysia (jika ada).

5. Semua pelajar perlu membuat permohonan ONLINE
untuk pertimbangan Jawatankuasa Pengurusan Pengajian Pelajar Malaysia di Mesir (JPPPMM). Anda perlu memilih ‘PERGIGIAN’ dan ‘MAHSA UNIVERSITY” sebagai pilihan. Salinan itu perlu dicetak dan diserahkan sekali dengan dokumen diatas.  Jika anda belum mendaftar, ianya boleh dibuat kemudian tetapi sebelum tarikh 1hb Oktober 2013 untuk membolehkan pihak Universiti menghantarkan nya ke KPM sebelum 8hb Oktober 2013.

6. Kepada pelajar yang baru memohon, sila laksanakan permohonan anda dengan kadar SEGERA di link BORANG PERMOHONAN DDS  ini.  Permohonan anda akan disemak kelayakan dan surat tawaran akan diemail kepada anda dalam masa 48 jam. Sila ambil maklum agensi selain dari MedicMesir juga boleh mengunakan khidmat ini secara percuma. Tetapi, TERHAD kepada jumlah tempat yang telah ditetapkan oleh pihak Malaysia Dental Council

8. Segala pertanyaan, sila berhubung dengan Dr Ahmad 013 3061313  atau UmmiMM di 019 6206167.

9. Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak meneruskan pengajian di Malaysia.  

Salam,
UmmiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button