Permohonan Tajaan Program Ijazah Luar Negara 2009 Lepasan SPM 2008

Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2009.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.

Maklumat lanjut mengenai program atau bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh iklan disiarkan. Kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon perlulah dibaca dan difahami sebelum membuat permohonan.
Syarat-Syarat Umum
Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2008;
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut:- Bahasa Melayu;- Sejarah; dan- Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan;
Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 23 sehingga 27 Mac 2009.
Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 18 Mac 2009
Temuduga

Keputusan panggilan temuduga JPA : 25 Mac 2009
Keputusan panggilan temuduga MARA : 27 Mac 2009
Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 31 Mac hingga 3 April 2009.
Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
Masalah Teknikal
Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853550 atau 03-88853559.
Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2008 diumumkan secara rasmi.
Tarikh Tutup
Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2009 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.
Pertanyaan
JPA

Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853892 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2009@jpa.gov.my
MARA
Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 1133, 1109, 1120, 3623, 3624, 3629, 3620 dan 3619) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat webmaster@mara.gov.my.
Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button