Perubahan Tarikh permulaan preMEDIC MM2012 ke hari SABTU, 30hb June 2012

Asslamualaikum wbth,

Semoga kita berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

1. Alhamdulillah, untuk tahun ini, MedicMesir menerima jumlah terbesar untuk penyertaan preMEDIC MM2012.  Alhamdulillah juga, pihak zakat dan yayasan negeri turut menghantar pelajar tajaan mereka bagi mengikuti preMEDIC MM2012.  Menurut perancangan Fakulti Perubatan, UPM , memandangkan ini adalah tahun kelima preMEDIC dijalankan, maka akan terdapat banyak perubahan dari segi format dan silibus bagi memastikan pelajar-pelajar mendapat manfaat sebaiknya.

2. Merujuk kepada tarikh pendaftaran preMedic 2012 yang sepatutnya berlaku pada hari Selasa, 26hb June 2012.  Dengan ini dimaklumkan bahawa, memandangkan ada beberapa ‘renovation utama’ di Dewan Utama di Fakulti Perubatan, UPM dan bahagian ‘tempat letak kereta utama fakulti’ yang masih berjalan , maka oleh itu, Pihak Univeristi memohon menganjakkan tarikh pendaftaran kepada hari Sabtu , 30 hb June, bermula jam 10 hingga 2 petang.

3. MAKLUMAT PENDAFTARAN:
TARIKH DAFTAR / HARI : 30 June 2012 / Sabtu
TARIKH TAMAT : 11hb Ogos 2012 (3petang)
TEMPAT DAFTAR : Foyer Utama, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang
MASA DAFTAR ASRAMA: 10-2 petang
TAKLIMAT : 3-5 petaang (IbuBapa serta Pelajar bersama Pengurusan preMEDIC 2012)
(Makluman ini juga turut akan dihantar ke email pelajar masing-masing)

4. Sila ambil maklum bahawa pelajar diminta untuk membawa paspot masing-masing pada waktu pendaftaran.  Ini adalah untuk tujuan membuat VISA semasa preMEDIC berlangsung.

5. Dengan perubahan tarikh ini, pelajar akan memulakan sesi kuliah pada esok harinya, iaitu Ahad dan ‘jam kredit’ dari 3 hari yang tertunda tersebut akan diganti ke hari Ahad kedua, ketiga dan keempat.  Ini bermakna pelajar tidak dibenarkan balik pada minggu-minggu yang terlibat. Makanan turut disediakan.

6. Maaf atas segala kesulitan dan kami berharap agar perubahan ini adalah kepada sesuatu yang lebih baik.  Segala permasalahan atau pertanyaan mengenai preMEDIC 2012, sila berhubung dengan Cik Akmal / En Firdaous  di talian 019 3106167 / 03 8948 9030 atau En Shamsul 019 395 6061.  TerimaKasih atas sokongan semua terhadap MedicMesir. Doakan agar segala usaha kita sentiasa memberi natijah terbaik di dunia dan akhirat.  Sekian TerimaKasih.

Salam,
uMMiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button