Anda sudah tahu tentang cara pembelajaran perubatan di Universiti Mansoura, bagaimana dengan Universiti Tanta?
Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu atau pernah dengar nama Tanta Universiti ini.. tapi jika di negara Mesir, universiti ini adalah antara universiti top 10 terbaik di dalam negara Mesir pada 2015.
Pelajar Malaysia kebanyakkannya tertumpu di 8 buah universiti Mesir antaranya ialah Univeriti Kaherah, Universiti Ainsham, Universiti Al Azhar, Universiti Mansoura, Universiti Alexandria, Universiti Tanta, Universiti Zaqaziq dan Universiti Assiut. Kesemua universiti ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (Kecuali Universiti Assiut) dan kelulusan pelajar dari universiti ini boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia.
Di Tanta Universiti sahaja sekitar hampir 1000 pelajar Malaysia pernah dan sedang belajar disini. Banyak antara pakar-pakar perubatan Malaysia juga merupakan bekas pelajar di universiti Tanta antaranya Dr Haji Abdul Rani Osman dan Dr. Sumitra A/P T.Pathmanathan (Pakar Anaesthesiology and Critical Care).
Antara kelebihan & kekurangan belajar di University Tanta adalah :
KELEBIHAN:
Islam: belajar medik di Mesir ini antara kelebihannya adalah kita sentiasa diterapkan dengan nilai-nilai Islam di dalam persekitarannya. Para pensyarah di sini sering mengaitkan sesuatu fenomena medik dengan kaitannya dalam alQuran dan Hadith.
Para pelajar juga boleh menghadiri pelbagai kelas-kelas pengajian agama yang disediakan oleh para pelajar jurusan agama di Al Azhar Universiti.
Tetapi pelajar perlu pandai membahagikan masa mengahadiri kelas seperti ini. Persekitaran Islam di sini juga memudahkan para pelajar mencari makanan yang halal tanpa perlu ragu-ragu.
Klinikal Skill: klinikal skill disini memang diakui antara yang terbaik. Para pelajar didedahkan dengan klinikal skill yang lengkap untuk mendiagnose pesakit.
Doktor di Mesir sudah secara amnya di latih untuk mendignose pesakit dengan hanya bergantung pada history dan clinical examination, ini kerana kekurangan teknologi moden mengakibatkan doktor-doktor terpaksa menggunakan kemahiran klinikal untuk mendiagnose…
70% diagnosis dibuat dengan history dan examination dan bakinya hanyalah untuk confirmatory menggunakan lab investigation. Perkara ini sangat berbeza dengan medik di negara-negara maju seperti UK dan USA dimana diagnosis penyakit banyak bergantung pada labaratory investigation dan imaging dan ini mengakibatkan pesakit terpaksa menanggung kos kewangan yang tinggi.
Pengajian Sistem tradisional: Sistem pengajian bidang perubatan di Universiti Tanta boleh dibahagikan kepada dua sistem, Sistem Tradisional dan Problem Based Learning PBL (integrated).
Dan memang diakui bahawa kedua-dua system ini mempunyai kelebihan dan kekurangnnya yang tersendiri. Pelajar dari sistem tradisional perlu lebih banyak membaca berbanding PBL kerana system tradisional menuntut pelajarnya menghafal buku teks dari kulit ke kulit dan membuat perbandingan setiap subjek secara sendiri.
Sebagai contoh, pelajar dari sistem tradisonal perlu membuka buku pharmakologi , pathology dan internal medicine secara serentak untuk memahamkan sesuatu penyakit dan rawatannya secara lebih mendalam.
Manakala pelajar dari PBL hanya perlu belajar mengikut modul yang telah diasingkan oleh pihak fakulti masing-masing. Sebagai contoh jika mereka sedang berada di modul Cardiovascular diseases, kesemua ilmu asas perubatan telah dimasukkan sekali didalam modul tersebut tanpa perlu membuka buku-buku asas perubatan yang lain seperti anatomi dan physiology.
Bagi pelajar yang rajin membaca, mereka akan suka sistem tradisional dan bagi yang meminati menjawab soalan-soalan mereka akan meminati system PBL.
Walaubagaimanapun pelajar dari sistem tradisional mungkin menghadapi sedikit masalah jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi seperti USMLE , MRCP atau MRCS kerana sistem peperiksaan ini menggunakan kaedah PBL.
Berpatutan: memang tidak dinafikan, pengajian di negara mesir ini adalah antara pengajian perubatan termurah berbanding kolej swasta di Malaysia.
Sekitar 8000-9000 USD (RM 35 000) sahaja setahun. Tapi bermula 2021 ,yuran pengajian di Tanta Universiti adalah USD6400 setahun ( RM 26 000) dan perlu diingat kembali bahawa kesemua universiti yang menerima pelajar Malaysia ini adalah universiti awam negara Mesir (IPTA Mesir). Di Malaysia kos perubatan di kolej swasta mencecah hampir RM 60 000 setahun.
Kos sara hidup disini juga adalah murah. Dengan hanya RM 500 – RM 600 sebulan anda sudah boleh hidup dengan selesa di sini. Ubat-ubatan disini juga adalah sangat murah jika dibandingkan dengan Malaysia.
Peluang pekerjaan: pelajar yang belajar jurusan perubatan di negara Mesir juga mempunyai kelebihan peluang pekerjaan jika mereka memilih bekerja di luar Malaysia.
Ramai antara graduan-graduan Mesir diterima untuk bekerja di negara-negara Arab seperi Dubai, Saudi arabia, UK dan Eropah. Ini kerana negara Mesir mempunyai hubungan yang rapat dengan negara-negara tersebut.
Bahasa Inggeris bahasa pengantar: Kesemua kos-kos medik di negara Mesir menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam kuliah. Ini memudahkan para pelajar untuk mempelajari dan memahami pengajian dengan lebih berkesan.
Pensyarah yang sangat baik: Saya tidak tahu di universiti lain, tatapi di Universiti Tanta, pensyarahnya memang sangat jitu dan komited mengajar pelajar. Pelajar boleh pada bila-bila masa berjumpa dengan pensyarah yang bertaraf professor untuk bertanya soalan-soalan yang bertaraf ‘undergrad’ kepada mereka.
Kredit kepada Delfadzil ( April 2016 )
Artikel telah dikemaskini dan ambil dari https://delfadzil.blogspot.com/