Semua tahu bahawa bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran diturunkan. Lebih tepat lagi 17 Ramadhan – Nuzul Quran.
Maka, ramai lah orang Islam menanam azam dalam hati untuk khatam al-Quran dalam bulan mulia ini.
Namun, tak semua dapat capai nikmat tersebut disebabkan tiada peluang untuk belajar mengaji al-Quran.
Maka, dalam artikel ini kami senaraikan 4 cara cepat mahir baca quran sebelum ramadhan.
#1- Tadarus
Tadarus adalah baca al-Quran secara berkumpulan. Dalam kumpulan, baca bergilir-gilir.
Seorang baca, lain akan buat semakan. Melalui cara ini dapat baiki kelancaran bacaan kita.
Namun, dalam kumpulan tersebut perlu ada seorang yang memang mahir baca al-quran supaya mudah buat semakan.
#2- Dengar surah juz Amma.
Dalam apa jua keadaan dengar surah hafalan. Paling mudah Juz Amma (Juzuk 30).
Beli CD atau Mp3 bacaan Alquran. Sewaktu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas (traffic jam) boleh dengarkan. Plus, dapat juga release stress kan?
#3- Guna Apps “Learn Iqra”
Zaman sekarang, boleh dikatakan semua orang ada smartphone. Guna Apps seperti Learn Iqra.
Apa yang menarik mengenai apps ini adalah pengguna boleh belajar pada tahap-tahap tertentu.
Dan pada setiap tahap, terdapat juga contoh sebutan dan bacaan untuk dibuat semakan.
#4- Belajar melalui youtube.
Dengan kaedah ini, pembaca dapat mendengar dan menyemak baca melalui youtube.
Antara channel pembaca yang kami cadangkan adalah bacaan Syeikh Mahmud Khalil Al-Husary.
Kami cadangkan follow bacaan beliau kerana cara bacaan beliau adalah secara ‘tahqiq’ sangat sesuai untuk newbie dan baru mula belajar Alquran
#5- Belajar secara personal dengan guru
Kaedah ini dinamakan sebagai Talaqqi. Dengan cara ini pembaca al-Quran dapat membuat semakan dan terus memperbetulkan bacaan yang salah serta-merta.
Namun begitu, sangat penting untuk belajar dengan guru yang betul. Mempunyai autoriti.
#6- Hadir ke Kelas Celik Tajwid.
Khas untuk orang dewasa yang ada masalah bacaan tak lancar, bacaan masih tersekat-sekat, masih keliru bacaan panjang pendek, dan juga tak kuasai tajwid Alquran.
Artikel ini dipetik dari https://celikalquran.com/cara-mahir-baca-alquran-ramadhan/