Rayuan JPA Sesi Kedua 2010 (melalui MedicMesir)

Salam,
Semoga kita semua terus diberkati dan dirahmati didalam pemeliharaanNYA.. Masih lagi izinkan kita menghirup jutaan rahmat yang berguguran dari awan maghfirah sepanjang Ramadhan yg mulia ini.

TAHNIAH! diucapkan kepada semua yang telah BERJAYA memperolehi tajaan JPA! Sesungguhnya ini adalah rezeki dari Allah swt. Syukor Alhamdulillah. Teruskan berusaha dan peliharalah amanah ini dengan baik agar semuanya BERJAYA menjadi Doktor Muslim yang BERJAYA. Ameen.

Bagaimanapun, bagi mereka yang TIDAK BERJAYA, jangan putus aja atas ujiannya. Insyallah, pihak MedicMesir (mencuba dan mencuba ) MERAYU secara kelompok menurut saluran-salurang tertentu.
TATACARA MERAYU:
1. Hantar surat rasmi menyatakan hasrat rayuan dengan sebab kukoh kepada JPA. Jika anda mempunyai sebab yang tersendiri, maklumkan secara terperinci.

Alamatkan kepada:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya
(u/p: Program Pinjaman Khas Perubatan)

SILA HANTAR SERAHAN TANGAN KE JPA & PASTIKAN SURAT RAYUAN MEMPUNYAI COP PENERIMAAN OLEH PIHAK JPA

2. Sertakan salinan muka laman web yang mengatakan ‘TIDAK BERJAYA’ dikepilkan bersama surat rasmi diatas.

3. Sertakan satu set dokumen yang diperlukan sepertimana yang diminta semasa permohonan dibuka. Seringkali permohonan JPA ditolak atas sebab kesalahan mengisi ‘data’ dan ketiadaan dokumen-dokumen penting.
SERAHKAN 1-3 diatas ke JPA dengan serahan tangan.
————————————————————————————————

Bagi tujuan rayuan kelompok yang diusaha oleh MedicMesir:

1. Sila poskan 2 set dokumen 1-3 diatas ke pejabat MedicMesir. Serahan tangan tak diterima. Sila hantar melalui POS EKSPRES dan nyatakan (nama pelajar dan Rayuan JPA 2010) disebelah kanan luar sampul surat. Pastikan salinan surat rasmi yang di cop penerimaan oleh JPA dihantar

2. Pastikan anda mengisi borang ini juga. Ini bagi mempastikan, pejabat MedicMesir menerima semua dokumen rayuan. BORANG RAYUAN JPA Sesi Kedua 2010

3. Sila pastikan semua dokumen dipos kan kepejabat MedicMesir sebelum 11hb September 2010.

Makluman Tambahan
Pihak MedicMesir akan memberi keutamaan kepada mereka yang memperolehi JAYYID JIDDAN didalam proses rayuan ini. Bagaimanapun, mereka yang memperoleh JAYYID dibenarkan menghantar rayuan. Rayuan ini adalah OPTIONAL !

Semoga usaha ini mendatankan kebaikan dan dipermudahkan Allah swt.

Salam ikhlas,
ummiMM, dari Mekah
27 Ramadhan 1431

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button