Asslamualaikum wbth,
1. Semoga kita semua berada didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. Semoga anak-anak diMesir diberi kemudahan berhadapan dengan imtihan FINAL yang bermula minggu ini. Semoga Allah swt memberi kejayaan kepada semua. USAHA TERBAIK, pasti ALLAH akan memberi KEJAYAAN. Ameen.
2. Alhamdulillah, bagi anak-anak SPM 2011, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Biasiswa Automatik dibawah BURSARY khas untuk pelajar yang berjaya mendapat 9A+ . Biasiswa ini juga memerlukan penerima biasiswa untuk menjalankan program persediaan Alevel dan berkaitan di dalam negara sebelum dipilih untuk keluar negara.
3. Alhamdulillah juga, MARA menyediakan pinjaman bagi pelajar yang memperolehi 9A- . Bagaimanapun tempat yang disediakan untuk ke Mesir adalah TERHAD kepada 150 pelajar sahaja.
4. Ekoran dari bantuan kerajaan untuk anak-anak yang berminat keluar negara ini amat TERHAD kepada mereka yang memperolehi 9A+ dan 9A- sahaja. Maka, MedicMesir sebagai agensi yang paling ramai menghantar pelajar perubatan ke Mesir terpanggil untuk memperluaskan perkhidmatannya dengan menambah jumlah peruntukan Tabung Pinjaman Pengajian Perubatan MedicMesir. Dorongan ini adalah kerana kesemua pemohon yang menerima bantuan Tabung Pinjaman MedicMesir untuk tahun-tahun yang lepas berjaya menunjukkan keputusan cemerlang (sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan) semasa Tahun 1 dan 100% pemohon sebelum ini berjaya mendapat tajaan semasa di Tahun 2. ALHAMDULILLAH ! Sungguhpun, ianya bukan sesuatu yang pasti untuk masa yang akan datang, tetapi MedicMesir yakin, sedikit sebanyak bantuan sebegini akan mendatangkan manfaat kepada mereka yang datang dari keluarga yang kurang mampu. Ini adalah bagi membolehkan ramai pelajar anak-anak beragama Islam yang mendapat keputusan CEMERLANG yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah untuk sama-sama merealisasikan impian mereka untuk menjadi DOKTOR MUSLIM dan seterusnya dapat membantu KELUARGA dan UMMAH.
5. Alhamdulillah! Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, MedicMesir mengumumkan peruntukan TABUNG PINJAMAN PENGAJIAN PERUBATAN MEDICMESIR berjumlah RM4 juta KHAS untuk pemohon sesi 2012.
5. Syarat permohonan Tabung Pinjaman Pengajian Perubatan MedicMesir 2012 adalah seperti berikut.
a. Terbuka kepada SPM 2010 dan SPM 2011 (khas untuk Sesi 2012)
b. A didalam 3 subjek Biologi, Fizik dan Kimia. Manakala sekurang-kurangnya B didalam Matematik Moden, Matematik Tambahan, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah.
c. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM3000 sebulan.
d. Permohonan TERHAD untuk 2 buah universiti iaitu Mansoura Conventional dan Zagazig Conventional.
6. Tabung Pinjaman MedicMesir 2012 merangkumi;-
a. Kos Perkidmatan MedicMesir
b. Kos Perumahan
c. Kos Tiket Kapalterbang
d. Yuran Tahun Pertama (2000USD)
7. Pelajar yang memohon samada akan diberi pinjaman penuh atau pinjaman separa mengikut kelayakan masing-masing. Pelajar yang luar dari syarat ini juga digalakkan memohon.
8. Permohonan boleh dibuat secara online bermula esok 3hb Mei 2012 di borang yang disediakan di blog ini. Permohonan akan tutup pada 1hb Jun 2012. Keputusan akan dikeluarkan pada 10hb Jun 2012. Makluman terperinci dokumen yang diperlukan akan dimaklum secara email. Pemohon yang berjaya perlu menghantar dokumen selewat-lewatnya pada 20hb June 2012 untuk urusan di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
9. Segala pertanyaan sila berhubung di email medicmesir@gmail.com atau 03 8948 9030 (Cik Akmal). Sila kongsikan dengan mereka yang layak dan berminat. Mohon doa semua agar MedicMesir terus diberi kekuatan serta kemudahan oleh Allah swt. Semoga mendatangkan manfaat dunia dan akhirat. Allah Yusahhil.
Salam,
uMMi MM