Sedia Operasi Pemindahan Kedua

KAHERAH 10 Feb. – Kedutaan Malaysia di Mesir meminta saki-baki kira-kira 300 pelajar dan rakyat Malaysia supaya bersiap-sedia untuk dibawa keluar, seandainya keadaan negara ini kembali tegang.Duta Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti berkata, pihaknya menyediakan pelan tindakan pemindahan iaitu lokasi berkumpul dan laluan yang akan digunakan untuk ke lapangan terbang jika pemindahan perlu dilakukan.Beliau berkata, terdapat 244 pelajar masih berada di negara ini dan 15 kakitangan kedutaan.Katanya, jika berlaku kekecohan lagi, para pelajar diminta berkumpul di Kaherah atau terus ke lapangan terbang.Menurutnya, pihak kedutaan mempunyai semua nombor telefon para pelajar untuk dihubungi sekiranya keadaan memaksa untuk pemindahan kedua dilaksanakan.”Kita ada pengalaman menguruskan pemindahan kumpulan pertama. Insya-Allah, bagi kumpulan kedua, kita bersedia. Malah, pesawat C130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih berada di Jeddah,” ujarnya.Beliau ditemui pemberita Malaysia ketika meninjau kompleks rumah pelajar negeri Hayyul Asyir di Madinah Nasr di sini hari ini.Dr. Mohd. Fakhrudin berkata, lokasi yang difikirkan untuk pelajar berkumpul di Kaherah antaranya Dewan Malaysia Abassiah, tetapi harus dilakukan dengan segera kerana istana Presiden terletak berhampiran.Menurutnya, terdapat 16 pelajar di Dumyat yang berdepan dengan masalah pasport semasa pemindahan pertama juga telah dikenal pasti dan akan diuruskan sekiranya berlaku proses pemindahan kedua.”Cuma, setakat ini mereka tidak dipanggil ke Kaherah kerana kami merasakan mereka lebih selamat di Dumyat berbanding Kaherah yang menjadi lokasi utama penentangan terhadap kerajaan,” katanya.Bagaimanapun, Duta Malaysia itu berharap desas-desus kebangkitan gelombang kedua yang dijangka esok, tidak akan berlaku kerana ia akan merumitkan lagi keadaan di Mesir.Sementara itu, media Mesir secara umumnya memberi gambaran satu protes besar-besaran akan diadakan di Dataran Tahrir selepas solat Jumaat esok. –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button