1 | MH 031 (MAS) (Dari Istanbul ke Kuala Lumpur) | 3.00 petang 9 Feb 2011 (waktu Istanbul) | 7.00 pagi 10 Feb 2011 | 12 | Muat turun | |
2 | MH 151 (MAS) | 9.20 malam 9 Feb 2011 (waktu Jeddah) | 10.55 pagi 10 Feb 2011 | 85 | Muat turun | |
3 | MH 8033 | 4.00 petang 9 Feb 2011 (waktu Jeddah) | 6.30 pagi 10 Feb 2011 | 354 | Muat turun | |
4 | * SQ 455 | 8.40 malam 9 Feb 2011 (waktu Jeddah) | 12.30 tghari 10 Feb 2011 | 50 | Muat turun | |
5 | Dari Jeddah ke Jakarta SV816 Dari Jakarta ke KLIA QZ7694 (AirAsia) | 9.25 malam 9 Feb 2011 (waktu Jeddah) 6.50 petang 10 Feb 2011 | 11 pagi 10 Feb 2011 (Jakarta) 9.50 malam 10 Feb 2011 | 110 | Muat turun |
* Penerbangan SV838 dan SQ455 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Pengangkutan bas akan disediakan dan akan membawa para pelajar/warga Malaysia keKolej 5 dan Kolej 6, Universiti Putra Malaysia**. Walau bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk turun di Johor Bahru, Seremban atau Melaka.
- Pihak keluarga pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia dipohon untuk sentiasa menyemak maklumatSenarai Nama Penumpang serta Tarikh dan Masa Ketibaan melalui laman web ini dan Kementerian Luar Negeri.
- Kerajaan akan menyediakan penginapan transit sementara di Kolej 5 dan Kolej 6, Universiti Putra Malaysia atau Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) untuk pelajar-pelajar dan warganegara Malaysia yang tidak dijemput oleh pihak keluarga mereka. Para pelajar akan dimaklumkan oleh pihak urus setia mengenai perkara ini semasa ketibaan mereka.
- Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara di talian telefon 03-8888 2010 dan emel ppon@mkn.gov.my.
** Sila abaikan makluman mengenai lokasi penghantaran ke Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya sebelum ini. Maaf atas kesulitan.
Majlis Keselamatan Negara
Jabatan Perdana Menteri
9 Februari 2011