3. SILA AMBIL MAKLUM BAHAWA
b. Syarat utama KPT adalah minima B didalam 8 subjek utama SPM iaitu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik Moden, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah..
g. Semua pemohon yang diluar SYARAT KELAYAKAN KPT perlu merujuk kepada posting terdahulu dan hebahan dari pihak KPT yang akan diadakan tidak lama lagi (dijangka pada awal June 2013). InshaAllah.
Pengesahan penerimaan mestilah dibuat selewat-lewatnya 15hb Mei Selepas tarikh tersebut, ANDA dianggap TIDAK BERMINAT dan TAWARAN YANG DITERIMA AKAN DIBATALKAN.
7. Sila ambil maklum beberapa perkara didalam pemilihan tawaran Universiti seperti didalam senarai link diatas iaitu:
a. Pemohon Farmasi Alexandria disaran untuk berpindah ke Farmasi Zagazig atas kelebihan dan kos yang lebih rendah di Zagazig.
b. Pemohon Mansoura Medic yang ditawarkan buat masa ini adalah Mansoura Manchester. Semua pemohon mesti mengesahkan penerimaan tawaran masing-masing. Bagi pemohon yang memilih untuk program Mansoura Medic Conventional tetapi tertera Mansoura Manchester (MM). Mohon sahkan penukaran ke Mansoura Medic Conventional.
c. Pelajar yang memohon ke Assiut University telah dimasukkan didalam senarai Mansoura Dentist. Jika anda masih mahu kekal di Assiut University, sila isikan maklumat penukaran.
d. Semua pemohon Zagazig Medic telah dipindahkan ke Tanta Medic. Sila buat penukaran jika anda masih mahu kekal untuk ke Zagazig Medic
Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga anak-anak diberikan kejayaan dunia dan akhirat.
Salam,
UmmiMM