Apply Now Enquire Now

2026 Pre Registration

Non Objection Certificate (NOC) atau Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) dari Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar sesi 2012

Assalamualaikum wbth, 1. Alhamdulillah, dengan nikmat Allah swt, segala urusan kita dipermudahkan. 2. Posting ini adalah mengenai dokumen NOC atau SSLN bagi pelajar sesi 2012/13.  Alhamdulillah, semua NOC/SSLN telah diterima dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi.   Bagi mereka yang menukar Universiti, salinan asal anda dipulangkan kepada pihak KPT untuk tujuan...

PENERBANGAN PERTAMA SESI PENGAJIAN 2012 – 5HB SEPTEMBER 2012 – EGYPT AIR

Assalamualaikum wbth, 1. ALHAMDULILLAH, Esok adalah penerbangan pertama bagi sesi pengajian 2012. Mohon doa dari semua agar dipermudahkan perjalanan anak-anak ke Bumi Anbiya. Sila ambil maklum, 'Makluman Keberangkatan 2012' telah dihantar ke email masing-masing. 2. Sila pastikan anda hanya membawa muatan tidak melebihi 46kg. Sila ambil maklum juga, ianya mestilah...

JEMPUTAN ke RUMAH TERBUKA MEDICMESIR

Assalamualaikum wbth, Dengan sukacitanya, Ummi serta warga MedicMesir menjemput semua sanak saudara, kenalan dan warga MedicMesir ke RUMAH TERBUKA MEDICMESIR pada hari Sabtu, 1hb September 2012, jam 8malam-11 malam di alamat, 771, Jalan Senyum Bintang, Country Heights, 43000 KAJANG. Semua dijemput memeriahkan majlis. Semoga majlis ini mengeratkan silatulrahim kita semua....

TAKLIMAT PINJAMAN MARA 2012 ~ KEPUTUSAN JPA 21hb SEPTEMBER ~ BORANG ADHOC MARA.

Assalamulaikum wbth, 1. Semoga kita terus dilimpahi keberkatan dan kerahmatan Allah swt. 2. Posting ini merujuk kepada posting terdahulu mengenai TAKLIMAT PINJAMAN MARA 2012 https://medicmesir.com/2012/07/31/permohonan-tajaan-pengajian-perubatan/ 3. Sila ambil maklum, bahawa taklimat yang dicadangkan pada 31hb Ogos 2012 akan ditangguhkan kepada tarikh selepas 21hb September 2012.  Ini adalah kerana, keputusan pinjaman...

MAKLUMAT TARIKH PENERBANGAN KE MESIR SESI 2012/2103

Assalamualaikum wbth , Semoga kita sentiasa berada didalam rahmat Allah swt dan diberi kekuatan untuk menjalani ibadah hari-hari terakhir Ramadhan.  1. Alhamdulillah, bersama ini adalah senarai 8 penerbangan ke Mesir untuk Sesi 2012/13. 2. Pelajar yang telah menyertai preMedic atau JOM! preDepature 2012 telah mengisi tarikh pilihan penerbangan masing-masing. BAGAIMANAPUN...

NOC untuk pelajar C dalam SPM (Keputusan Jayyid Jiddan) & Tarikh Akhir Penghantaran Dokumen JPA esok, 10hb Ogos 2012

Assalamualaikum wbth, 1. Semoga kita semua sentiasa berada didalam rahmat Allah swt. Posting ini adalah merujuk kepada posting terdahulu https://medicmesir.com/2012/07/27/intake-2010-dan-intake-2011-noc-bagi/ 2. Sila ambil maklum, mana-mana pelajar yang mempunyai C didalam SPM tetapi memperolehi Jayyid Jiddan atau Mumtaz didalam keputusan Tahun 1, perlu mendapatkan NOC dengan kadar segrea di KPT.  Buat masa ini...

PLAY, STUDY, PRAY : ARE THOSE ENOUGH?

Assalamualaikum wbth,  1. Semoga kita semua terus diberi kekuatan didalam menjalani ibadah Ramadhan.  Alhamdulillah dan InshaAllah, anak2 preMedic 2012 berkesempatan untuk bersama-sama dengan anak muda yang kini namanya menjadi IDOLA dan ramai peminatnya dikalangan mahasiswa dalam dan luar negara.  Beliau akan bersama-sama anak-anak preMedic pada jam 9pagi, 7hb Ogos 2012,...

Pelancaran JOM! Journey of Medichood ~ Doctors on Call ~ preDeparture MedicMesir 2012

Bismillahirahmanirahim.....Assalamualaikum wbth ! 1. ALHAMDULILLAH ! Sempena cuti umum NUZUL Quran hari ni, bermula 8pagi...anak2 preMedic MedicMesir 2012 akan mula berkumpul di 'Court BasketBall" Kolej 17, Fakulti Perubatan, UPM untuk sesi pembukaan JOM! "Program preDeparture" ~ DOCTORs on CALL. 2. Program ini yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengikut Universiti. Ini memberi pengenalan...

Call Now Button