Non Objection Certificate (NOC) atau Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) dari Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar sesi 2012

Assalamualaikum wbth,

1. Alhamdulillah, dengan nikmat Allah swt, segala urusan kita dipermudahkan.

2. Posting ini adalah mengenai dokumen NOC atau SSLN bagi pelajar sesi 2012/13.  Alhamdulillah, semua NOC/SSLN telah diterima dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi.   Bagi mereka yang menukar Universiti, salinan asal anda dipulangkan kepada pihak KPT untuk tujuan penukaran Universiti. Proses pertukaran NOC/ SSLN mengambil masa sekitar 2 bulan.

3. Salinan NOC atau SSLN akan diemail kepada email pelajar dan salinan ASAL akan dipos ke alamat Malaysia yang didaftarkan didalam sistem MedicMesir.  Sila ambil maklum bahawa salinan ini HANYA digunakan semasa memohon tajaan nanti. InshaAllah.

Semoga dipermudahkan segala urusan 🙂 Ameen.

Salam,

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button