Peluang Menjadi Doktor Pergigian Dari Mesir

Pergigian adalah salah satu bidang pengajian yang sangat digalakkan untuk diterokai oleh pelajar-pelajar lepasan SPM. Di Malaysia, tahap kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan gigi semakin baik. Oleh itu, permintaan terhadap perkhidmatan dalam bidang pergigian semakin meningkat.

Di Mesir, terdapat beberapa buah universiti yang menawarkan program pergigian yang berkualiti tinggi. Tetapi, hanya 7 buah universiti sahaja yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. 7 buah universiti tersebut adalah:

  1. Universiti Alexandria
  2. Universiti Al-Azhar
  3. Universiti Ain-Shams
  4. Universiti Assiut
  5. Universiti Kaherah
  6. Universiti Mansoura
  7. Universiti Tanta

Walau bagaimanapun, Universiti Alexandria dan Universiti Al-Azhar adalah antara universiti yang terbaik jika anda ingin membuat pengajian dalam pergigian di Mesir.

Sumber gambar: Bazaar Egypt

Kini, terdapat hampir 6,000 graduan dari universiti di Mesir yang kini menyumbang bakti dalam bidang pergigian di Malaysia. Terbukti kini, mereka antara doktor-doktor yang berprestasi tinggi dan cemerlang dalam perkhidmatan. Baik dalam perkhidmatan kerajaan mahupun perkhidmatan swasta.

Tempoh program pergigian di Mesir adalah 5 tahun. Dua tahun pertama pengajian adalah praklinikal manakala tiga tahun seterusnya adalah klinikal. Pada tahun pertama akademik, pelajar akan tertumpu kepada pembelajaran yang berteraskan konsep dalam pengetahuan perubatan dan klinikal. Anda akan diperkenalkan dengan asas anatomi, fisiologi, biologi mulut dan kimia.

Semasa tahun klinikal iaitu pada tahun ketiga, keempat dan kelima, pelajar-pelajar banyak akan menghabiskan masa di fakulti. Pelajar-pelajar akan mengkaji secara mendalam tentang topik berkaitan pergigian dan akan mula berdikari dalam kerja amali. Juga, pelajar akan didedahkan dengan simulasi rawatan karies gigi.

Manakala, pada tahun akhir pengajian, pelajar-pelajar akan banyak menghabiskan masa di klinik pergigian di hospital masing-masing untuk menjalani latihan praktikal bersama patient.

Sumber gambar: BuzzFeed

Setelah tamat program anda akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS).

4 Kelebihan Menyambung Pengajian Dalam Bidang Pergigian

a. Pengajian dilaksanakan 100% dalam Bahasa Inggeris. Kelulusan SPM Bahasa Arab tidak diperlukan untuk memasuki program pergigian. Walau bagaimanapun, pelajar disarankan untuk mengambil kelas Bahasa Arab pada masa lapang untuk mendapatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab yang lebih baik. Kemahiran ini diperlukan semasa tahun klinikal pengajian.

b. Pelajar berpeluang untuk menjalani sesi klinikal yang baik. Hal ini akan memberikan peluang dan pengalaman dalam latihan klinikal semasa apabila berkhidmat untuk akan datang. Profesor di universiti di Mesir juga sangat profesional, mesra dan sangat membantu.

c. Program pergigian di Mesir diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan pelajar boleh berkhidmat di Malaysia tanpa perlu menduduki peperiksaan tambahan.

d. Semua lepasan SPM berpeluang menyambung bidang pergigian terus ke Tahun 1 dengan hanya menggunakan keputusan SPM.

Seterusnya, kemasukan ke program pergigian masih mengambil kira keputusan SPM walau pelajar sudah memiliki sijil Matrikulasi, Asasi, A-Level atau Pra-U.

Bagaimana Nak Mendaftar Program Pergigian Di Mesir?

MedicMesir adalah agensi penempatan pelajar ke bumi Mesir yang ditubuhan dalam tahun 2007. Kini, setelah 15 tahun, MedicMesir telah mempunyai banyak kisah kejayaan di kalangan pelajar-pelajar terdahulu. Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat boleh melayari laman web www.medicmesir.com atau hubungi terus Cik Nisa di talian http://www.wasap.my/60197586167/MedicMesir2022.

MedicMesir juga menawarkan sesi taklimat secara dalam talian Zoom pada setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Informasi yang lengkap dan terperinci akan disampaikan eksklusif oleh Pengasas MedicMesir iaitu Puan Siti Haniza Mohd Nazri (Ummi MedicMesir).

Jangan lepas peluang ni! 

Anda juga mampu untuk menjadi Doktor Gigi yang berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button