
Apabila mendengar Negara Mesir, rata-rata daripada kita pasti menganggap Bahasa Arab iaitu bahasa ibunda mereka perlu dipelajari dan mahir oleh para pelajar sekiranya ingin menyambung pelajaran disana, khususnya kos perubatan. Oleh sebab itu, ramai pelajar cuba untuk mencari pilihan yang lain untuk menyambung pelajaran dalam kos Perubatan di Negara yang lain seperti di Rusia, India dan Indonesia. Ini mungkin disebabkan faktor tidak mempunyai minat terhadap Bahasa Arab dalam kalangan pelajar, atau mungkin juga kerana menganggap Bahasa Arab adalah bahasa yang sukar untuk difahami dan dipelajari.
Cara Pengajian dan Pembelajaran kos Perubatan di Mesir
Untuk makluman, pelajar-pelajar tidak perlu risau kerana di Mesir nanti sesi pembelajaran mereka adalah 100% dalam Bahasa Inggris dan bukan Bahasa Arab. Ini merupakan satu kelebihan yang besar kepada para pelajar yang mengambil kos Perubatan di sana kerana mereka dapat memahami setiap butiran dan penjelasan dari pensyarah dengan mudah. Antara kelebihan lain apabila Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar dalam sesi pembelajaran adalah;
1) Pelajar sudah mempunyai asas Bahasa Inggeris
Seperti yang diketahui, Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa kedua setiap pelajar di Malaysia sejak kecil lagi, iaitu dari tadika ke sekolah rendah dan seterusnys sekolah menengah. Maka, para pelajar sudah pasti mempunyai asas Bahasa Inggeris yang kukuh sebagai persiapan untuk mereka melanjutkan pelajaran ke alam Universiti kelak. Ini sudah pasti memudahkan mereka yang berminat dan bercita cita untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir khususnya dalam kos Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
2) Lebih mudah difahami berbanding Bahasa Arab
Kefahaman terhadap sesuatu perkara amat penting, maka Bahasa Inggeris yang akan digunakan nanti sebagai medium dalam sesi pengajian dan pembelajaran sudah tentu dapat membantu mereka memahami setiap ketidakjelasan dalam subjek-subjek yang diambil kelak. Selain itu, Bahasa Inggeris juga dianggap mudah kerana ianya menggunakan huruf-huruf yang mudah dan sudah diketahui, disamping tidak mempunyai sistem bahasa yang kompleks, tidak seperti Bahasa Arab yang agak kompleks dimana terdapat banyak pecahan-pecahan tatabahasa yang sedikit rumit.
3) Mudah untuk berkomunikasi antara satu sama lain
Mesir merupakan tumpuan para pelajar seluruh dunia kerana sistem pembelajaran yang efektif serta persekitaran yang menarik. Atas sebab itu, pastinya terdapat ramai pelajar dan pensyarah yang berlainan bangsa dan agama berada disana khususnya di kampus. Maka dengan Bahasa Inggeris para pelajar mampu berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik, lantas memahami setiap ucapan yang dituturkan sesama mereka. Sebagai contoh, pensyarah dan pelajar dapat berinteraksi dengan jelas sekiranya Bahasa Inggeris dituturkan sesama mereka, dimana pensyarah dapat menyampaikan maklumat kepada pelajar tanpa perlu risau akan berlaku salah faham terhadap apa yang dimaksudkan.
Univerisiti Alexandria, antara Univerisiti yang mashur di Mesir.
Jadi, sampai disini saja perkongsian kali ini mengenai penempatan pelajar dan cara-cara mereka ke kampus bagi setiap Universiti. Bagi mereka yang berminat untuk menyambung dalam bidang
Perubatan, Pergigian dan Farmasi di Mesir, pendaftaran bagi sesi 2023 kini dibuka. Sebarang maklumat lanjut boleh didapati di https://medicmesir.com atau anda boleh hubungi MedicMesir di 0133023030.
Bittaufiq Wannajah!