Cara pelajar Perubatan dan pergigian di Mesir ke kuliah

Di saat saya menulis posting ini, 7hb Disember 2022, kadar tukaran wang adalah RM1=7LE. Ini bermakna untuk pelajar Al-Azhar, kos pengangkutan untuk ke universiti adalah RM1 sehari. Alhamdulillah, Murah murah.

Kebanyakkan dari kita akan tertanya-tanya bagaimanakah cara pelajar perubatan atau pergigian di Mesir ke kuliah? Apakah jenis kenderaan yang biasa dinaiki oleh pelajar khususnya untuk ke kuliah? Seperti yang kita sedia maklum di Malaysia jika sesorang pelajar ingin ke kuliah, mereka boleh menaiki motosikal, kereta ataupun pengangkutan awam. Tetapi, bagaimana pula di Mesir? Mari saya kongsikan beberapa jenis pengangkutan yang terdapat di Mesir.

Hampir setiap universiti di Mesir mempunyai perbezaan pengangkutan awam yang digunakan untuk ke kuliah. Terdapat beberapa pengangkutan awam di Mesir yang mudah untuk didapati dan sering digunakan oleh pelajar. Antaranya ialah tremco (van), bas, teksi, tram (kereta api), tuktuk, ataupun Didi ( sejenis aplikasi kereta mudah alih seperti Uber).

Bagi pelajar yang menetap di Kota Kaherah, atau lebih sinonim untuk pelajar di Universiti Al-Azhar, kebanyakkan pelajar akan menaiki tremco ataupun bas. Ini kerana, tremco dan bas adalah pengangkutan yang sangat mudah untuk didapati. Hanya perlu ke jalan besar mahupun jalan utama, tremco dan bas akan ada sepanjang masa. Selain daripada itu, tambangnya yang murah juga menjadi sebab pelajar memilih menaiki pengangkutan ini. Tambang jika menaiki tremco adalah sebanyak 3LE ke 5LE bergantung kepada destinasi yang pelajar naiki. Manakala jika menaiki bas, tambang pula sebanyak 5LE-8LE. Murah bukan? Anggaran masa perjalanan untuk tiba di gamaah adalah 5minit ke 10 minit.

Suasana ketika pelajar pulang dari kuliah menaiki tremco
Contoh tiket bas, harga sehala ke universiti adalah 5LE

Seterusnya adalah untuk Kota Iskandariah. Adalah tidak asing apabila menyebut mengenai Universiti Alexandria, pelajar pergigian dan perubatan adalah jurusan yang terkenal di universiti ini. Bagaimana pula pelajar di sini ke kuliah? Bagi di Alexandria, penempatan rumah pelajar terbahagi kepada dua iaitu menginap di rumah sewa mahupun asrama MARA. Adalah berbeza mengikut penempatan pelajar. Bagi mereka yang menetap di rumah sewa, kebiasaan pelajar akan menetap di kawasan Camp Caesar dan Ibrahimiyah. Dari sini, pelajar akan menaiki tram ke kuliah. Tram terbahagi kepada 2 jenis, tram biasa atau ‘tram coach business’. Jika tram biasa, tambang adalah 1LE bagi semua destinasi tanpa mengira dari mana dinaiki. Manakala ‘tram coach business’, tambang adalah sebanyak 5LE untuk semua destinasi.

Ini adalah tram jenis yang tambangnya 5LE.
Tram jenis ini tambangnya 2LE, lebih murah berbanding tram bewarna kuning.
Selesa bukan? Seperti dalam bas di Malaysia 😀


Bagi Mansoura pula, kebiasaan pelajar perubatan di Mansoura akan berjalan kaki ke kuliah. Hal ini kerana, jarak dari rumah sewa ke pintu kuliah adalah sangat dekat. Sekitar 1KM dari rumah sewa pelajar. Berbeza dengan Kota Kaherah dan Iskandariah, hal ini kerana jarak dari tempat penginapan ke universiti yang berbeza.
Jadi, adalah kebiasaan untuk pelajar di Mansoura ke kuliah hanya dengan berjalan kaki.

Lorong rumah pelajar di hadapan pintu kuliah atau lebih dikenali dengan Istad Gamaah ( stadium universiti)
Sekitar laluan di dalam universiti.



Begitulah serba sedikit perkongsian mengenai cara pelajar- pelajar perubatan dan pergigian ke kuliah di Mesir. Bagi mereka yang berminat untuk menyambung dalam bidang Perubatan atau Pergigian di Mesir, pendaftaran bagi sesi 2023 kini dibuka. Jom daftar sekarang! Klik pada link ini https://bit.ly/MedicMesir2023 atau anda boleh hubungi talian hotline MedicMesir di +60104076167. Semoga berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button