
Wang bukanlah segalanya, tetapi tidak dapat dinafikan untuk meneruskan kehidupan lebih-lebih lagi pada zaman sekarang, ianya sesuatu yang sangat diperlukan. Bila bercakap soal duit, pengurusan wang yang baik adalah satu perkara yang agak susah untuk kita lakukan. Terutamanya bagi pelajar yang belajar di luar negara. Oleh itu, amatlah penting untuk kita semua agar sentiasa bijak dalam menguruskan perbelanjaan harian supaya tidak terlalu boros yang akan membawa kepada permasalahan seperti duit yang tidak mencukupi.
Dengan adanya perancangan pengurusan wang yang teliti, dapat sedikit sebanyak membantu sekiranya belaku perkara kecemasan diluar jangkaan. Bukan itu sahaja, ia turut membuatkan seseorang itu mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan-perbelanjaan lain.
Berikut merupakan beberapa cara menguruskan wang dengan cermat.
1. Memasak sendiri
Dengan ini, pelajar dapat menjimatkan wang kerana bajet makan di luar, dapat digunakan untuk membeli bahan-bahan segar bagi kegunaan masakan di rumah. Selain menjimatkan penggunaan wang, pelajar juga dapat menjimatkan masa daripada makan diluar.
Ini adalah kerana, bahan-bahan segar yang telah dibeli juga boleh digunakan untuk memasak dalam kuantiti yang banyak dan boleh disimpan di dalam peti untuk dimakan pada hari seterusnya.
2. Memanfaatkan Status Pelajar
Pelajar perlu dapatkan kad pelajar seawal yang mungkin. Ini kerana kad ini banyak manfaatnya kepada pelajar. Ia dapat membantu pelajar mendapatkan diskaun bagi kebanyakan pembelian. Sebagai contoh, mereka dapat menggunakannya ketika hendak membeli barangan di kedai, makan di restoran, dan menonton wayang.
3. Membuat Senarai Keutamaan Perbelanjaan
Dengan adanya senarai keutamaan perbelanjaan yang rapi, dapat memastikan para pelajar dapat melihat dengan lebih jelas tentang barang keperluan dan juga kehendak. Pelajar perlulah bijak dalam merancang kewangan agar tidak berlebih-lebih dalam membelanjakan wang pada perkara yang tidak penting.
Antara cara yang mereka boleh gunakan adalah:
1. Berkongsi rumah dengan rakan sekuliah atau senior.
2. Membeli buku daripada senior.
3. Menggunakan kad diskaun pelajar.
Bagi mereka yang baru ingin menuntut di Mesir, diharapkan tiga cara pengurusan wang yang disenaraikan, dapat sedikit sebanyak memberi manfaat pada masa hadapan.
Berbekalkan tips pengurusan wang ini, diharapkan pelajar mampu menguruskan wang dengan sebaiknya. Bagi mereka yang baru sahaja ingin menjejakkan kaki ke Mesir, usah bimbang. Ramai graduan dari MedicMesir dapat meneruskan hidup dengan baik sehingga penamatnya dan ada juga yang masih berstatus pelajar mampu untuk survive kehidupan di Mesir dengan menggunakan tips ini.
Bagi yang belum mendaftar, ayuh sertai MedicMesir untuk lanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir. Boleh layari www.medicmesir.com atau hubungi hotline di talian http://www.wasap.my/60133023030/NakJadiDoktor untuk sebarang pertanyaan.
MedicMesir juga menyediakan khidmat kaunselor dengan menjalankan Taklimat MM secara dalam talian melalui aplikasi Zoom pada setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Anda boleh dapatkan informasi yang lebih terperinci daripada Puan Siti Haniza Mohd Nazri (Ummi MedicMesir) melalui taklimat ini.
Jom sertai MedicMesir sekarang!