Kenapa aku memilih untuk sambung belajar perubatan di Mesir?

“Kau nak jadi doktor? Kau nak study di Mesir? Biar betul!”
“Kenapa Mesir? Kenapa bukan di Malaysia sahaja?”
Ini lah persoalan yang sering ditanya setiap kali aku beritahu keinginan untuk ke Mesir. Aku memang dari kecil lagi mengimpikan untuk menjadi doktor. Aku yakin khidmat doktor tidak akan putus sampai bila-bila. Malah, yang paling best, kerjaya doktor ini kerjanya setiap saat, setiap detik adalah untuk ‘memudahkan urusan orang lain’, apatah lagi membantu mereka yang dalam ‘kesakitan’.

Kenapa aku memilih Mesir untuk mencapai cita-cita menjadi Doktor ?
‘’Kenapa tak sambung di Malaysia aja? Kenapa perlu ke Mesir? Malaysia kan ada universiti-universiti yang ‘top ranking’ dan menawarkan bidang perubatan?’’
Ramai yang mempersoalkan pilihan aku untuk sambung belajar di Mesir. Pada aku pilihan yang aku buat ini adalah yang terbaik. ‘’Belajar di mana-mana pun sama je. Akan bergraduat juga. Akan jadi doktor juga.’’ Tetapi, Mesir akan memberi aku pengalaman yang berbeza dari pengalaman sebagai pelajar perubatan di Malaysia atau mana-mana negara lain.

Disini aku senaraikan 5 sebab utama kenapa Mesir menjadi pilihan.

1. Perkembangan ilmu perubatan dari Ibnu Sina
Banyak perkembangan ilmu perubatan datangnya dari negara Mesir. Antaranya perkembangan ilmu perubatan dari Ibnu Sina. Beliau banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti ‘al-Qanun fi al-Tib’, ‘al-Adwiyah al-Qalbiyyah’, dan ‘al-Alfiyyah al-Tibbiyyah’. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Karya Ibnu Sina adalah penyumbang terbesar kepadal ilmu perubatan pada hari ini. Yang paling menarik, dalam kuliah, doktor yang mengajar adalah doktor pakar dan mereka sering mengaitkan pengajian perubatan dengan Quran dan Islam. Secara tak langsung, kita dapat ilmu dunia dan ilmu akhirat.


2. Tempat yang bersejarah
Mesir juga tidak asing dengan tempat-tempat yang bersejarah. Mesir mempunyai beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi kerana kisah sejarahnya yang tersendiri seperti Kota Alexandria yang merupakan kota kedua terbesar di Mesir dan mempunyai perpustakaan terbesar di dunia. Banyak juga tinggalan sejarah kenabian di bumi Mesir ini dan pada aku kita boleh lihat dan belajar betapa besarnya kuasa Allah. Antaranya Piramid Giza, benteng Asyrah Qiat Bay yang menjadi benteng untuk menahan serangan yang akan masuk ke Mesir dan juga makan para Nabi. Banyak yang kita boleh pelajari dari sejarah di Mesir ini.


3. Negara islam
Nak survive dekat sana pun bagi aku mudah sebab mereka majoritinya beragama islam. Sudah pasti soal makanan, pakaian, tempat tinggal tak jadi masalah besar untuk aku hidup berdikari. Bila kita travel, pada aku makanan adalah permasalah pertama yang aku perlu fikirkan tetapi bila di Mesir ini makanan tak menjadi masalah bahkan nak cari makanan Malaysia pun mudah! Kan seronok tu, hilang rasa homesick bila dapat makan makanan Malaysia.


4. Kadar mata wang mesir
Mata wang di sana juga lebih rendah kalau nak dibandingkan Malaysia. Mungkin kos perbelanjaan di sana lebih murah dari di Malaysia. Setakat aku hari aku menulis ni kadar mata wang RM 1 bersamaan 5.59 Eygpt Pounds. Boleh rujuk https://www.xe.com/ untuk mengira kadar mata wang terkini. Di Mesir untuk duit perbelanjaan seorang pelajar sekitar RM600 sebulan, termasuk makan, sewa rumah, shopping dan keperluan belajar. Kalau kita convert rate setakat pada hari aku menulis ini ialah 3,356.90 Eygpt Pounds. Jauh lebih murah berbanding kos sara hidup di Malaysia.


5. Tak kenal maka tak cinta
Pergi negara orang sudah pasti kita kena adapt dengan kehidupan dan budaya mereka. Aku juga boleh belajar budaya baru yang asing untuk aku. Bagi aku ni dapat buka mata dan minda kita untuk lebih menghargai setiap budaya dan cara hidup yang berbeza setiap negara. Walaupun pada aku, campak dekat negara mana pun Malaysia juga di hati tapi setiap negara ada keunikan sendiri yang kita perlu hormati.

Bagi mereka yang baru ingin menuntut di Mesir, diharapkan lima 5 sebab yang disenaraikan, dapat sedikit sebanyak memberi manfaat pada masa hadapan.
Berbekalkan 5 sebab ini, diharapkan pelajar mampu membuat arah tuju masa depan dengan sebaiknya. Bagi mereka yang baru sahaja ingin menjejakkan kaki ke Mesir, usah bimbang. Ramai graduan dari MedicMesir dapat meneruskan hidup dengan baik sehingga penamatnya dan ada juga yang masih berstatus pelajar mampu untuk survive kehidupan di Mesir dengan menggunakan tips ini.


Bagi yang belum mendaftar, ayuh sertai MedicMesir untuk lanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir. Boleh layari www.medicmesir.com atau hubungi hotline di talian http://www.wasap.my/60133023030/NakJadiDoktor untuk sebarang pertanyaan.


MedicMesir juga menyediakan khidmat kaunselor dengan menjalankan Taklimat MM secara dalam talian melalui aplikasi Zoom pada setiap hari Sabtu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari. Anda boleh dapatkan informasi yang lebih terperinci daripada Puan Siti Haniza Mohd Nazri (Ummi MedicMesir) melalui taklimat ini.


Jom sertai MedicMesir sekarang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button