Mesir terus menjadi tumpuan..

Mesir terus menjadi tumpuan….

 

Mesir adalah sebuah negara Mediterranean yang bersempadan dengan Palestin dan Israel, Laut Merah dan Teluq Aqaba di sebelah timur.  Manakala negara Sudan terletak di sebelah selatan dan Libya berada di sebelah barat.  Mesir kini sedang melangkah ke arah negara maju dari sudut sosial dan pendidikan.

 

Kini Mesir terus menjadi tumpuan pelbagai negara dari benua Afrika, Nepal, Bangladesh, Dubai, UK, Nigeria dan tidak ketinggalan dari Malaysia dan Indonesia.  Terkini bilangan pelajar dari India turut meningkat khusus dalam pengajian perubatan. 

 

Situasi pembangunan yang pesat di Mesir menyebabkan ianya mempunyai daya tarikan tambahan sebagai tempat pengajian yang unggul.  Kalau dulu ia terkenal sebagai pusat pengajian Islam yang diterajui oleh Universiti Al-Azhar, tapi kini ia mula mengorak langkah yang lebih mantap dalam pelbagai disiplin.

 

Kos hidup yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan lokasi di negara Eropah, juga telah menjadi faktor menarik kepada pelajar dari seluruh dunia untuk meneroka latihan ilmiah dalam pelbagai bidang.  Pengajian perubatan (MBBS) misalnya telah di akui sebagai antara yang terbaik.

 

Universiti Mesir menyediakan pengajaran yang berkualiti dan menyediakan dua tahun persediaan praktikal yang sangat mantap dan terperinci.  Ini menawarkan bakal-bakal doctor untuk mempunyai pengetahuan praktikal yang mencukupi dalam bidang mereka.

 

Ribuan pelajar dari Malaysia telah bergraduat dari Universiti di Mesir ini semenjak tahun 1960an lagi.  Terkini Mesir menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari India. Fakulti Perubatan di beberapa Universiti ternama seperti Al-Azhar, Cairo, Mansoura, Alexandria, Tanta dan beberapa lagi menawarkan pengajian penuh dalam bahasa Inggeris.  Universiti Mansoura dan Alexandria turut menawarkan program perubatan secara bersama dengan Universiti Manchester UK.  Kerjasama ini memantapkan lagi kualiti pengajian yang ditawarkan.

 

Sebilangan besar Universiti di Mesir adalah dibiayai oleh pihak kerajaan. Oleh yang demikian kos pengajian untuk melaksanakan MBBS di Universiti ini adalah sangat rendah berbanding dengan Universiti lain di dunia. Selain itu, Fakulti Perubatan di Universiti tersebut mendapat pengiktirafan MCI sama seperti WHO.

 

Universiti di Mesir juga menawarkan pengajian diperingkat Sarjana dan PhD dimana terdapat pelajar dari US dan UK yang membuat penyelidikan di pusat atau Institusi penyelidikan perubatan.

 

 

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button