Namun, laporan itu tidak menyatakan jawatan yang dipegang rakyat Malaysia itu sama ada sebagai jururawat, pemandu ambulan atau petugas rencam. Kumpulan warga Malaysia tersebut merupakan sebahagian daripada 137,000 rakyat asing yang bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam di klinik atau hospital seluruh Britain di bawah kendalian NHS.
Warga Britain kekal menguasai bidang kedoktoran negara itu, disusuli warga India seramai 18,348 orang, Filipina (15,391), Ireland (13,016) dan Malaysia. Walaupun berlaku lebihan bekalan graduan perubatan, Malaysia mengalami masalah kekurangan pakar perubatan dalam pelbagai bidang.
Januari lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramanian menyatakan negara kehilangan khidmat 986 doktor pakar dalam pelbagai bidang apabila mereka meletak jawatan dan berhijrah ke pusat perubatan swasta.
Purata kehilangan itu adalah sekitar 106 hingga 170 orang setiap tahun antara 2011 hingga 2017.