Iftar Jamai & Majlis Solat Hajat sempena IMTIHAN pelajar Mesir 2011

Assalamualaikum wbth,

Syukor Alhamdulillah! MedicMesir menganjurkan Iftar Jamai & Majlis Solat Hajat sempena Imtihan pelajar2 Di Mesir pada hari Khamis, 30hb June 2011. Majlis akan diadakan di Surau Kolej 17, Fakulti Perubatan, UPM, Serdang.
MedicMesir juga mengucapkan terimakasih tidak terhingga kepada pemilik ‘Haji Catering & Bistro’, ayah pelajar, Sharfraz Malek Ahmed Syed Nazer atas sumbangan makanan untuk majlis diatas.
IbuBapa pelajar yang kini berada di Mesir serta pelajar2 yang sudah pulang bercuti di Malaysia yang berkesempatan dijemput untuk hadir bersama-sama dimajlis diatas. Sila sahkan kehadiran anda melalui sms kepada Ustaz Ikrimah di talian 0193742191
Doa kami agar dipermudahkan dan diberi natijah yang TERBAIK buat anak-anak yang berhadapan dengan Imtihan. Semoga majlis ini diberkati dan semoga permintaan serta hajat kami kehadrat Allah swt diterimaNYA. Allahuma Ameen.
Salam,
ummiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button