Kerjaya Doktor semestinya menjadi kerjaya idaman para pelajar dan ibu ayah.
Tetapi dilema ibu ayah mesti fikirkan tentang persaingan yang sangat sengit untuk sambung belajar perubatan dalam negara. Yang nak memohon jadi doktor, berbelas ribu tapi kuota yang disediakan tak banyak.
Nak sambung belajar di swasta pula, kosnya terlampau tinggi. Anggaran antara RM 300,000 hingga RM 450,000. Alamak, dah nak sama dengan harga sebuah rumah!
Akhirnya antara negara yang menjadi pilihan untuk adik-adik pelajar nak jadi doktor adalah sambung belajar perubatan di Mesir. Ini sebab-sebabnya Mesir menjadi pilihan untuk nak sambung belajar dalam perubatan.
Mendapat Pengiktirafan Kerajaan Malaysia
Universiti yang dihantar ini ialah universiti yang mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia. Boleh semak kelayakan melalui lama web MQA di bawah:
https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
Kos Pengajian yang Berpatutan
Mesir seringkali menawarkan program perubatan dengan kos pengajian yang lebih berpatutan berbanding dengan beberapa negara lain. Ini dapat menjadi faktor penentu penting, terutamanya untuk mereka yang mencari alternatif program perubatan yang mampu biaya.
Universiti dan Program Berkualiti Tinggi
Beberapa universiti di Mesir terkenal dengan program perubatan yang berkualiti tinggi dan mematuhi standard antarabangsa dan mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Peluang Pengajian dalam Bahasa Inggeris
Banyak program perubatan di Mesir ditawarkan dalam Bahasa Inggeris, yang memudahkan pelajar antarabangsa yang mungkin tidak fasih dalam Bahasa Arab untuk mengikuti pengajian tanpa kekangan bahasa.
Budaya dan Pengalaman Hidup yang Berbeza
Belajar di Mesir memberi peluang untuk mengeksplorasi budaya yang kaya dan sejarah yang lama. Pengalaman hidup di sini juga dapat membuka pemahaman tentang pelbagai aspek sosial dan budaya.
Lokasi Strategik
Mesir terletak di persimpangan Afrika dan Asia, membuatnya menjadi tempat yang strategik. Ini boleh memberikan peluang unik untuk pengalaman praktikal dalam pelbagai keadaan perubatan. Tambahan lagi kedudukan Mesir yang dekat dengan bumi Mekah memberikan kemudahan dan peluang untuk adik-adik pelajar dan ibu ayah menunaikan ibadah Umrah.
Kepada adik-adik pelajar SPM, Asasi, dan Matrikulasi, ambillah peluang ini sebaik mungkin untuk meneruskan cita-cita menjadi Doktor. Peluang dah ada depan mata. Gunakan sebaiknya.
Belajar nak jadi doktor ini tidak mudah, adik-adik perlu ada keazaman yang tinggi dan betul-betul berusaha untuk capai apa yang kita nak.
Semoga semua bakal doktor kita dipermudahkan urusan dan kepada adik-adik yang berminta untuk jadi doktor perubatan, doktor gigi ataupun farmasi, jom daftar segara! https://medicmesir.com/
Atau hubungi kami di talian 010-4076167.