Kenapa Nak Jadi Doktor?
“Kenapa nak jadi doktor?” Rasanya itu soalan skema, skrip standard mana-mana tempat dalam Malaysia.
Serasa sejak sekolah rendah, kalau disuarakan yang cita-cita hati nak jadi doktor, mesti soalan “kenapa?” menyusul.
Kalau zaman muda, berhingus dulu, pastilah jawapan sebegini yang keluar.
“Saya nak tolong orang yang dalam kesusahan.”
“Saya nak jadi kaya.”
“Doktor disanjung masyarakat.”
Kalau kini soalan itu ditanya pada rakan-rakan pelajar perubatan, skema jawapannya masih sama. Cuma ada tambahan, mungkin.
“Mak ayah suruh.”
“Saya minat biologi, Tak pandai matematik.”
tak kurang yang menjawab ” im born to be a doctor. WOW!”
Walau apapun sebab luaran anda, pastikan sebab dalam anda kukuh
Kerana bidang perubatan tak seindah yang kita nampak secara lahiriah atau superficial macam dalam drama atau filem.
Kata professor saya, tak cukup sekadar hasrat nak membantu orang. “Bagaimana nak membantu orang, kalau diri kamu sendiri kelak tidak terbantu?”
“Kamu bersengkang mata, tak cukup tidur. Kena herdik dengan pesakit, kena marah dengan doktor pakar lagi. Staf tarik muka dengan kamu, betul kamu rasa niat kamu nak ‘membantu manusia lain;’ itu dapat menyelamatkan kamu? Keluarga kamu terabai, makan pakai suami entah terjaga entah tidak? Betul kamu jadi doktor hanya atas sebab mahu tolong orang, disanjung, atau kaya?”
Professor senyum sinis, pelajar-pelajar perubatan yang mendengarnya ada yang termenung panjang, ada yang tersipu-sipu. Tak kurang ada yang mencebikkan muka.
Jadilah apapun yang kamu mahu. Jadikanlah ia kerana Allah, kerana agamamu.
Lalu professor itu tersenyum lagi. Diajaknya semua pelajarnya berfikir.
“Ayuh kita betulkan niat.”
Dalam hidup kita, akan ada banyak perubahan. Contoh senang.
Tahun ni kita suka makan kuih cara, tahun depan mungkin kuih lapis pula.
Bagaimana minat kita boleh berubah, jadi jangan disandarkan pilihan kita pada minat semata-mata. Minat boleh berubah. Pada bila-bila masa. Teguhkan minat dengan niat.
Pekerjaan ini merupakan satu ibadah. Ya, menjadi doktor satu ibadah, menjadi tukang kebun juga ibadah, menjadi pekerja kantin juga ibadah. Betulkan niat anda.
Jom! ^_^
Credit to http://ubatmuda.blogspot.my/2011/12/kenapa-nak-jadi-doktor.html & https://www.facebook.com/UbatMuda/