1. Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt. Selawat serta salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw dan keluarga, sahabat-sahabat serta para pengikutnya.
2. TAHNIAH sekali lagi kepada semua anak-anak lepasan SPM 2013 yang berjaya cemerlang dan bagi yang kurang cemerlang, usaha lagi. Bagi yang berminat untuk mengikuti bidang perubatan dan sains kesihatan, anda dipelawa untuk meninjau peluang ke Turki atau Mesir.
3.Alhamdulillah, berikut adalah jadual Taklimat PERDANA MedicMesir untuk minggu ini. Taklimat 2 jam ini terbuka kepada semua pelajar serta ibubapa. Penyertaan adalah PERCUMA.
4. Bagi yang sudah mendengar taklimat serta memahami dan berminat untuk membuat permohonan terus di lokasi taklimat sila bawa bersama 1 keping:-
a. Salinan SPM
b. Salinan Sijil lahir dan
c. Salinan Kad Pengenalan
(Dokumen diatas perlu diSAHKAN oleh Pengetua / Kakitangan kerajaan dari kumpulan pengurusan dan professional)
5. Taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan peluang dan maklumat terkini di Turki dan Mesir. Bagi mereka yang tiada sebarang maklumat adalah digalakkan datang mendengar dan mendapat pendedahan. TIADA KOMITMEN. Anda berhak menolak apa jua tawaran setelah ditawarkan.
6. Syarat kelayakan adalah minima B didalam 8 subjek Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Bagi yang tidak memenuhi syarat anda boleh memohon dan menghantar dokumen serta wang deposit RM500. MedicMesir akan memajukan dokumen anda untuk rayuan dan tanpa sebarang jaminan tempat. Wang deposit tidak dikembalikan sekiranya gagal mendapat tempat.
7. Bagi program ke Turki , sila ambil maklum:-
a. Penerbangan pertama adalah pada pertengahan April 2014 dan kedua pada pertengahan May 2014.
b. Biasiswa Turki akan diurus oleh MedicMesir. Peluang biasiswa adalah TERHAD kepada keputusan SPM yang cemerlang sahaja. Bagaimanapun, semua pelajar yang memohon akan dimajukan permohonan biasiswa mereka. Biasiswa akan merangkumi yuran pengajian Universiti serta wang saku sebanyak 550TL (RM920) sebulan.
c. Hanya yang memohon, menghantar dokumen lengkap serta bayaran deposit sebelum 15hb April 2014 sahaja yang diuruskan biasiswa oleh pihak MedicMesir.
d. Bagaimanapun, pelajar yang gagal mendapat biasiswa turut boleh diterima belajar dengan bayaran yuran secara persendirian dengan kadar RM5000 setahun.
e. Tempat TERHAD kepada 200 pelajar sahaja untuk perlbagai kursus.
f. Bagi pelajar yang memohon kursus selain perubatan, sila nyatakan kurus pilihan anda didalam ruang di borang permohonan.
8. Berikut adalah jadual taklimat
A. JUMAAT 28hb MAC 2014
Terengganu (Grand Puteri, KT, 9 pagi)
Kelantan(MARA, Jln Dato’ Pati, Kota Bharu, 3.30ptg)
B. SABTU 29hb MAC 2014
Selangor (Fak. Perubatan, UPM, 10 pagi)
Penang (Tabung Haji, Bayan Lepas, 9 malam)
Johor Bahru(Le Grandieur, Senai, 330petang)
C. AHAD 30hb MAC 2014
Ipoh (Seri Malaysia, 10 pagi)
Melaka (Seri Malaysia, 10 pagi)
D. ISNIN 31hb MAC 2014
Kuantan (Seri Malaysia, 8 mlm)
9. Segala pertanyaan sila rujuk UmmiMM 019 6206167 / Dr Ahmad 0133061313 / Cik Maimunah 013 3023030 / Cik Shikin 0193106167 / 03 89459030.
Sila rujuk di www.facebook.com/MedicMesir
Semoga dipermudahkan segala urusan. Ameen.
Salam,
UmmiMM