Hanya Ada di Mesir.

 

Apabila sebut tentang Mesir, mesti dalam fikiran kita terbayangkan sebuah piramid yang tersergam indah dikelilingi padang pasir yang menenangkan. Tiba-tiba terbayang pula diri di sana, kan? Umum juga mengetahui, Mesir terkenal dengan panggilan Bumi Para Anbiya, Bumi Firaun dan Musa. Malah, Allah SWT juga memberi jaminan kepada hamba-Nya seperti yang dirakamkan di dalam Surah Yusuf ayat 12:

“… Masuklah kamu ke dalam negeri Mesir, In shaa Allah dalam keadaan aman.”

                Jelas di sini menyatakan bahawa, kita tidak perlu risau untuk berada di Bumi Barokah ini. Malah, turut yakin bahawa perlindungan-Nya sentiasa ada.

                Jadi, jika merujuk kepada tajuk, sudah tentu kita nak tahu, apa sebenarnya yang ada di Mesir ini atau apa yang “special” sangat di Mesir ni kan?

Yang pertama, “Mesir Kiblat Ilmu”. MasyaAllah ya ka? Terdapat dua tempat yang menjadi Mesir itu gah di pelosok dunia iaitu, Universiti Al-Azhar dan Masjid Al-Azhar. Jika diteliti semula, Mesir antara tempat lahirnya tokoh ulama’ yang hebat dan mereka antara graduan daripada Universiti Al-Azhar.

Yang menariknya, Universiti Al-Azhar kini sudah mencecah usia 1000 tahun dan kini telah melahirkan beribu graduan yang berkepakaran dalam bidang Quran Sunnah, Shariah, Perubatan dan banyak lagi. Kesemuanya kini sedang berkhidmat untuk ummah, agama, bangsa dan negara masing-masing. Semoga sesiapa sahaja yang menuntut ilmu di sini peroleh syafaat yang luar biasa dan terus diberikan kekuatan untuk berbakti sehingga nafas terakhir.

Yang kedua, Mesir adalah tempat dikabulkan segala permintaan. Ehhh.. Betul ke? Menurut perkongsian oleh seorang pesyarah kepada anak muridnya, beliau pernah menyatakan kepada anak muridnya bahawa hanya orang terpilih sahaja dapat belajar di bumi Mesir. Menurutnya lagi, “Dalam surah Al-Baqarah, ayat yang ke-66; Allah berfirman, Masuklah kamu suatu kota, kamu akan peroleh apa yang kamu pinta”.

Jika dipendekkan cerita, Kota yang dimaksudkan adalah merujuk kepada negeri Mesir. Subhanallah. Hebat ketentuan Ilahi. Siapa ja yang tidak mahu doanya dimakbulkan? Betul tak? Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara pun, kita pasti akan meminta daripada-Nya kerana kita tahu kita cuma hamba yang tiada apa-apa. Sangatlah beruntung bagi mana-mana anak atau pelajar yang menjejakkan kaki di bumi Mesir. Moga setiap permintaan dikabulkan oleh-Nya, Aamiin.

Yang ketiga, mesti semua pernah tonton filem Ayat-ayat Cinta kan? Cerita yang pernah dipopularkan oleh Fedi Nuril dan barisan pelakon wanita yang lain, dirakamkan di bumi yang begitu indah. Watak Maria dalam filem ini ada menyatakan bahawa, Mesir dan Sungai Nil itu jodoh.

Ya, yang ketiga ini tentang Sungai Nil yang sungguh luar biasa yang tiada di Malaysia. Untuk pengetahuan, Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 6.650 km yang boleh melintasi sembilan buah negara yang berbeza iaitu Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan dan semestinya negara Mesir itu sendiri.

Sungai ini akan kelihatan sangat tenang apabila tiba waktu malam kerana jambatan di keliling sungai ini dipenuhi dengan cahaya lampu yang menerangi sungai dan sekitarnya. Bagi mereka yang inginkan ketenangan, ingin bersendirian untuk seketika atau Orang Putih panggil “Me Time”, maka, Sungai Nil adalah tempatnya.

Bagi pelajar yang kini berada di Mesir, terutamanya pelajar-pelajar MedicMesir, jangan lepaskan masa anda di Mesir tanpa menjejakkan kaki anda ke Sungai Nil kerana antara salah satu kemegahan negara Mesir itu sendiri adalah dengan adanya Sungai Nil sebagai penyejuk mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button