Laluan Pengajian Bagi Lepasan STAM Di Universiti Al-Azhar

Kita selalu dengar haluan pelajar lepasan Diploma, Matrikulasi, Asasi dan STPM. Tapi, agak kurang bagi kita mendengar haluan pembelajaran bagi pelajar lepasan STAM atau Sijil Tinggi Agama Malaysia. Mungkin kita selalu berada dalam ‘circle’ yang sama seperti yang disebutkan dalam ayat pertama. Kebiasaannya, pelajar lepasan STAM ini akan terus sambung pengajian dalam bidang agama ataupun perubatan di Malaysia ataupun ke luar negara. Negara yang paling terkenal, tak lain tak bukan di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Sebelum menyambung pengajian ke Mesir, penting untuk kita tahu minat dan cita-cita. Adakah selari dengan profesion yang diimpikan. Adakah mampu untuk tempuhi liku-liku kehidupan di luar negara ataupun sebaliknya.

Credit Image: Pinterest

Secara umumnya, Universiti Al-Azhar ada menawarkan lima jurusan bidang seperti Fakulti Syariah Islamiyah, Fakulti Usuluddin, Fakulti Bahasa Arab, Fakulti Dirasat Islamiah dan Bahasa Arab dan Fakulti Dakwah Islamiyah. Untuk pengetahuan, di universiti ini juga ada menyediakan pengajian dalam perubatan. Begitu juga di Universiti Alexandria, Universiti Mansoura dan Universiti Tanta.

Jadi, sebenarnya terdapat pelbagai haluan bagi lepasan STAM untuk membuat keputusan dalam menyambung pengajian mengikut cita-cita yang diimpikan. Di Universiti Al-Azhar adalah salah satu pilihan yang terbaik bagi mereka yang ingin teruskan belajar dalam bidang agama atau ingin menjadi doktor yang terbaik buat ummah iaitu bidang perubatan. Asalkan tidak lari niat asal kita dalam menuntut ilmu dan teruskan usaha dalam menggapai impian.

Universiti Al-Azhar adalah salah satu universiti yang MedicMesir tawarkan kepada anda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Kini, telah beribu graduan MedicMesir yang telah membawa diri mereka menjadi seorang doktor yang sentiasa menjaga kebajikan masyarakat. Untuk info lanjut anda boleh layari medicmesir.com atau hubungi Cik Nisa untuk dapatkan khidmat nasihat dalam membuat pilihan bidang dan universiti di talian http://www.wasap.my/60197586167/MedicMesir2022.

Selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button