Assalamualaikum wbth,
1. Semoga anak2 dan ibubapa MM semua didalam pemeliharaan Allah swt. Alhamdulillah, MedicMesir telah mengadakan perbincangan dengan pihak Fakulti Pergigian, Tanta University mengenai isu yuran program MOU ‘preDental’ sesi 2011/12.
2. Memandangkan pada asalnya kebanyakan pelajar yang memohon sebelum tarikh permohonan KPT ditutup iaitu pada 31hb Mei 2011 telah ditawarkan program pergigian G2G. Pihak universiti kemudian mengeluarkan tawaran kepada beberapa pelajar dengan kadar yuran G2G.
3. Namun, sebabkan pelajar G2G tidak ramai. Maka, pihak Universiti menempatkan kesemua pelajar Melayu didalam satu kelas khas yang terdiri dari semua pelajar Melayu dan mengenakan yuran kadar MOU pada kesemua pelajar, iaitu 8000USD setahun.
4. Ekoran perkara diatas, pada asalnya, pihak Universiti secara dasar bersetuju untuk menurunkan sedikit yuran tahun pertama program pergigian, preDental. Namun dukacitanya, pertemuan akhir Januari 2012, pihak Universiti menarik balik persetujuan awal atas alasan, kebanyakan pelajar, terutamanya dari agensi selain MedicMesir telah menjelaskan yuran masing-masing. Dikacamata pihak Universiti, pelajar tidak menghadapi sebarang masalah untuk membayar yuran kadar MOU, 8000USD.
5. Bagaimanapun, pihak tertinggi universiti hanya bersetuju yuran preDental 2000usd dan 8000 usd utk tahun 1-4 untuk pelajar preDental berkuatkuasa sesi 2012 / 13.
6. Oleh itu, yuran bagi pelajar preDental sesi 2011/12 perlu dibayar selewat-lewatnya 1hb Mac 2012. Bagi yang memohon pengeluaran KWSP, surat bagi maksud tersebut akan dikeluarkan selewat-lewatnya, Ahad, 12hb Februari 2012. Yuran bagi yang membuat pengeluaran KWSP mesti sampai ke univesriti sebelum 1hb April 2012.
7. Pihak Universiti membenarkan bayaran 4000USD selewat-lewatnya 1hb Mac 2012 dan bakinya sebelum 1hb June 2012.
8. Cara membayar samada;
a. IbuBapa menyediakan deraf sendiri atas nama “Dean, Faculty Of Dentistry, Tanta University” atau
Sila fax ke 03 89423827 dengan menyatakan nama pelajar dan program serta NO HP penjaga.
9. Untuk urusan yuran, sila berhubung samada di email medicmesir@gmail.com atau Cik Norshahura di talian 9-5ptg.
MedicMesir mengucapkan jutaan maaf kerana kegagalan membantu menurunkan yuran utk tahun ini. Doa kami agar segala urusan selanjutnya dipermudahkan segalanya.
Salam,
UmmiMM