Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbth,
1. Merujuk kepada notis yang dikeluarkan oleh pihak Universiti mengenai halangan untuk masuk ke dewan imtihan bagi pelajar-pelajar yang tidak menjelaskan yuran pengajian. Sila ambil maklum, Ummi dan Exco MMTanta telah berbincang dengan pihak tertinggi Universiti Tanta dan Alhamdulillah, pihak Universiti telah menarik balik halangan tersebut. Bagaimanapun, pihak Universiti Tanta berharap agar yuran dapat dijelaskan sebelum peperiksaan akhir tahun bermula.
2. Oleh itu, sila beri fokus kepada imtihan yang akan bermula dalam seminggu dan jangan jadikan isu yuran sebagai sesuatu yang merungsingkan. Khuatir akan menjejaskan prestasi imitihan ini. MedicMesir selaku agensi yang bertangungjawab akan sentiasa membantu sedaya upaya bagi mendapatkan kelonggaran dari pihak tertinggi Universiti.
3. Semoga Berjaya semua dan Ummi doakan agar imtihan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Ameen.
Salam Sayang,
UmmiMM