Semua ibu bapa ingin melihat kejayaan anak-anak mereka dalam pelajaran. Ada anak-anak yang sambung pelajaran, tidak berjauhan dengan keluarga. Ada juga ibu bapa yang menginginkan anak-anak mereka menyambung pelajaran di luar negara untuk belajar erti berdikari.
Bukan bermakna anda benar-benar memerlukan alasan untuk terbang ke negara yang jauh untuk mendapatkan pendidikan bertaraf dunia, tetapi berikut ialah senarai 15 sebab kenapa belajar di luar negara menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mendapatkan peluang masa hadapan yang lebih cerah.
1. Menambah Baik CV Anda
Pengalaman hidup di peringkat antarabangsa, menunjukkan anda mempunyai pengalaman berurusan dengan orang daripada budaya yang berbeza, serta tahap kebolehsuaian yang lebih tinggi. Jika anda boleh meneroka negara baharu pada masa yang sama, dengan mengambil kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan siswazah yang baik, maka itu adalah sesuatu yang bagus.
Perkara inilah yang boleh diterangkan di dalam CV anda untuk meyakinkan bakal majikan anda.
2. Meningkatkan Kemahiran Bahasa
Ingat bahasa asing yang anda pelajari di sekolah ataupun di peringkat universiti? Selain berbahasa Inggeris, bahasa lain juga dapat digilap mengikut sesebuah negara tersebut. Sebagai contoh, jika anda melanjutkan pelajaran ke Mesir, secara tak langsung anda mampu untuk menguasai serba sedikit dialek Mesir dan mampu untuk bercakap dengan warga di sana. Mengambil kelas bahasa tambahan apabila anda berada di luar negara juga boleh menjadi cara terbaik untuk bertemu orang baharu.
3. Bertemu Dan Mengenali Pelbagai Watak Masyarakat
Terdedah dengan pelbagai jenis orang bukan sahaja akan membantu anda mengembangkan kemahiran dengan orang yang berbeza, tetapi ia juga akan memberi anda pengetahuan yang lebih mendalam tentang memahami orang lain, terutamanya mereka dari budaya yang berbeza.
4. Berkawan Seumur Hidup
Anda mungkin tidak mengasihi setiap orang yang anda temui, tetapi kemungkinan besar anda akan bertemu sekurang-kurangnya seorang kawan seumur hidup dari luar negara. Pengalaman saling berkongsi ilmu dengan kawan luar negara ialah cara terbaik untuk merapatkan hubungan dengan mereka. Raikan dan santuni mereka.
5. Temui Makanan Baharu Dan Menarik
Tidak dinafikan bahawa memang agak sukar sedikit untuk menemukan makanan yang kena dengan selera kita. Tetapi, akan menjadi satu kerugian jika tidak mencuba sesuatu yang baharu seperti makanan. Seperti di Mesir, terdapat banyak makanan menarik yang mungkin tak pernah kita dengar sebelum ini seperti Ta’meya, Mulukhiya, Kushari dan banyak lagi. Dan sebenarnya, mungkin makanan yang ada persis makanan di Malaysia tetapi cara dan nama yang membuatkan makanan itu menjadi unik dan berbeza. Anda perlu cuba!
6. Belajar Untuk Menerima Gaya Pembelajaran Yang Berbeza
Selalunya mereka yang belajar di luar negara akan mengalami cara pengajaran yang baharu. Sesetengahnya mungkin akan berasa takut. Tetapi, ia juga akan membuka minda anda kepada cara yang pembelajaran baharu.
7. Belajar Untuk Berdikari
Belajar dan tinggal di luar negara memerlukan anda berdikari, tanpa pengawasan yang lebih dari ibu bapa adalah ujian utama dalam berdikari. Maka, lihatlah ini sebagai satu cabaran baharu yang menarik dan bukan sesuatu yang menakutkan. Menemukan kawan atau sahabat yang baik di luar negara adalah satu perkara yang perlu dilakukan bagi menjamin gaya hidup yang baik dan belajar untuk lebih bertanggungjawab untuk diri sendiri.
8. Ketahui Lebih Lanjut Tentang Diri Anda
Membawa diri anda ke dalam persekitaran hidup yang baharu akan membantu anda mengetahui perkara yang anda mahir, serta perkara yang anda tidak begitu mahir. Ini adalah perkara yang kemudiannya boleh dibina semasa pengalaman belajar di luar negara dan mungkin boleh diterapkan ketika mencipta kerjaya di negara sendiri.
9. Menjadikan Diri Lebih Dewasa
Belajar di luar negara mampu mempercepatkan peralihan diri daripada remaja kepada dewasa dengan memasuki ke alam dunia yang tidak diketahui. Anda perlu menguruskan diri sendiri, membeli makanan anda sendiri dan mencuci pakaian anda sendiri dan pelbagai lagi, tetapi semuanya berbaloi. Pada akhirnya nanti, anda akan ketahui sendiri bahawa semua ini hanyalah untuk membina diri sendiri ke arah yang lebih matang.
10. Mendapat Pengalaman Hidup
Salah satu sebab utama untuk belajar di luar negara adalah untuk mendapatkan pengalaman hidup. Anda akan belajar cara mengatur hidup anda dan inilah pengalaman yang paling berharga yang mungkin tidak semua orang peroleh.
11. Belajar Untuk Lebih Menghargai
Apabila belajar di luar negara, anda mungkin tidak senasib jika dibandingkan dengan keluarga yang jauh lebih senang. Ada kalanya, apabila berada lebih jauh dari keluarga, membuatkan anda merindui keselesaan yang biasa anda anggap remeh. Selamat datang ke penghargaan baharu yang ditemui tentang segala-galanya daripada masakan ibu bapa, suasana bersama keluarga dan pelbagai. Di sinilah perasaan akan memainkan maksud segala-galanya.
12. Mendapat Faedah Diskaun Pelajar Antarabangsa
Diskaun pelajar selalunya akan memudahkan urusan anda. Tetapi, perlu sentiasa diingati untuk tahu berbelanja bila perlu. Dengan itu, perbelanjaan anda sentiasa dalam keadaan terkawal.
13. Manfaat Yuran Pengajian Yang Lebih Rendah
Ini sudah tentu bergantung pada tempat anda belajar di luar negara, tetapi jika anda memilih lokasi di banyak bahagian benua Eropah, Asia dan Amerika Latin, anda akan mendapati ia mungkin untuk belajar di universiti yang terkenal tanpa perlu berhutang terlalu banyak. Selain itu, di Mesir juga merupakan salah satu lokasi pengajian yang mempunyai yuran pengajian yang rendah. Dengan hanya RM600 sebulan, mampu untuk menampung perbelanjaan anda.
14. Gunakan Masa Lapang Untuk Meneroka
Di antara sesi kuliah dan makmal, belajar di luar negara sepatutnya memberi anda banyak masa untuk meneroka. Sama ada anda melawat mercu tanda ikonik, mencuba makanan baharu atau bertukar-tukar di pasaran tempatan, pasti ada cara yang lebih baik untuk menghabiskan masa anda. Melancong dan mengenali negara-negara yang lain juga adalah salah satu terapi untuk kita menghargai diri dan tenang untuk seketika daripada bebanan yang ditanggung ketika pembelajaran selain pulang ke pangkuan keluarga.
15. Tingkatkan Prospek Pekerjaan Antarabangsa
Walaupun anda sentiasa boleh pulang ke rumah pada penghujung masa anda sebagai pelajar antarabangsa, ramai yang memilih untuk kekal dan memohon visa bekerja. Walaupun anda pulang ke tanah air atau memutuskan untuk mencari kerja di tempat lain, pengalaman antarabangsa yang disediakan dengan belajar di luar negara mungkin dipandang baik oleh majikan. Percayalah!
Mungkin laluan dan haluan pembelajaran orang berbeza-beza. Tetapi, masa muda inilah anda perlu manfaatkan dengan sebaiknya. Belajar di luar negara bukan sesuatu yang mesti dilakukan oleh setiap pelajar. Tetapi, jika mampu dan mahu, apalagi?
Seperti yang telah MedicMesir telah bantu beribu graduan yang belajar di Mesir, semuanya telah melalui fasa dan proses hidup di negara orang. Cabaran belajar dalam bidang perubatan, farmasi, pergigian bukan sesuatu yang mudah tetapi segalanya tidak mustahil. Akhirnya telah dibuktikan dengan berkhidmat di negara sendiri.
Anda juga berpeluang untuk cipta pengalaman yang berharga apabila belajar di luar negara. Boleh layari www.medicmesir.com untuk info yang lanjut atau hubungi Kaunselor MedicMesir untuk bimbingan dalam menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian mahupun farmasi ke negara Mesir. Anda boleh mendaftar sekarang dan sertai Taklimat MM bersama Ummi MedicMesir untuk keterangan yang lebih terperinci.
Selamat Maju Jaya!