‘’Orang kata cita-cita ni kita boleh capai kalau kita usaha.’’
‘’Sampai mana usaha kau? Sejauh mana kau dah buat yang terbaik?’’
‘’Aku dah mula dari sekarang. Sebab habis SPM aku nak terus sambung perubatan. Parents aku dah setuju kalau aku nak sambung perubatan’’
‘’Tapi kau tahu ke hala tuju kau lepas SPM?’’
‘’……’’
Apa ni jangan lah sedih adik-adik. Setiap permasalahan dan persoalan pasti ada jalan keluar. Banyak saja jalannya nak jadi doktor ni. Tapi apa pun berbalik pada niat kita. Niat bagus, niat baik mesti Allah tunjukkan jalan. Kita selalu je dengar kejayaan doktor-doktor di Malaysia. Berapa ramai dah graduan doktor yang Malaysia lahirkan tak kira sama ada belajar di dalam negara mahupun luar negara. Semuanya berjaya bahkan berkualiti tinggi sampaikan ada yang dapat tawaran bekerja sebagai doktor di luar negara. Best je kan dengar. Macam, wahh boleh ke aku berjaya dan grad as a doctor? Adik-adik sekarang ni peluang belajar dekat mana-mana pun ada, asalkan kita usaha. Tak usaha manakan dapat hasilnya. Tapi yang pasti sebelum dapat hasil, banyak liku-liku yang kena lalui. Nak tak akak kongsikan cara nak jadi doktor?
Nak senang tak senang, nak susah pun tak susah. Nak jadi doktor ni pertama kenalah minat, minat sangat penting tau. Dari minat baru lah boleh pupuk semangat! Dari semangat barulah lahirnya doktor yang berkualiti tinggi.
Pertama! Keputusan SPM.
Nak jadi doktor, perkara pertama yang perlu diambil kira dari awal ialah keputusan SPM. Jadi adik-adik yang bakal mengambil SPM, take note! Keputusan SPM mesti kena skor, sekurang-kurangnya 5B dalam SPM dan subjek yang wajib diambil adalah Biologi, Kimia, Fizik dan Matametik tambahan dan lulus semua subjek. Haaa dah boleh target adik-adik punya SPM, supaya mudah proses permohonan nanti! Penting langkah pertama ni adik-adik. Sempat lagi nak pulun untuk SPM. Saya doakan urusan setiap bakal doktor kita dipermudahkan!
Kedua! Program penting perlu di ambil selepas SPM.
Nervous ke tu? Dah keluar result SPM, nak buat apa lepasni? Untuk sambung ke peringkat ijazah dalam bidang perubatan, adik-adik perlu ambil program pra-universiti. Apa tu program pra-universiti? Program pra-universiti adalah seperti program A-levels, STPM, Matrikulasi ataupun program Asasi Sains dekat mana-mana IPTA/IPTS. Apa kelayakan nak sambung ijazah perubatan ni? Mestilah ambil subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik tambahan. Pastikan pointer PNGK 3.0 dan ke atas. Lama ke program pra-universiti ni? Bergantung kepada tempat, paling lama 2 tahun dan biasanya 1 tahun. Sekejap je kan dah boleh ambil ijazah perubatan. Wahhh tak sabarnya nak jadi doktor! Nanti dulu adik-adik, ni baru permulaan kepada ‘aku seorang doktor’.
Ketiga! Pengajian Ijazah Perubatan.
‘’Tengok keputusan Asasi sangat baik, dah boleh apply ni untuk program ijazah perubatan’’. Ya anda layak jika keputusan SPM anda melepasi syarat minimum dan keputusan Asasi anda cemerlang. Tapi tak tahu pilihan universiti yang ada? Jangan risau banyak Universiti di Malaysia yang menawarkan bidang perubatan antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan banyak lagi. Tapi yang seperti kita sedia maklum, peluang di Malaysia sangat terhad dan persaingan sangat tinggi. Jalan lainnya ialah menyambung pelajaran di universiti swasta. Tapi mahalnya kos pengajian, dah sama mahal macam belajar luar negara! Jangan risau banyak negara yang menawarkan bidang perubatan. Antaranya, United Kingdom (UK), India, Mesir, Indonesia dan beberapa negara lagi. Pastikan universiti yang dipilih diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC). Pilihan bijak ada ditangan anda! Kebanyakan program ijazah perubatan mengambil masa 5 tahun bagi tempoh pengajian.
Keempat! Housemanship.
‘’Fuhh dah 5 tahun belajar! Yeyy dah jadi doktor!’’. Masih ada yang perlu diselesaikan sebelum menjadi doktor iaitu housemanship ataupun latihan perubatan. Ini adalah wajib di mana setiap graduan perubatan perlu menjalani latihan klinikal di hospital sebelum mendaftar menjadi seorang doktor. Di Malaysia, diwajibkan menjalani housemanship selama 2 tahun di hospital kerajaan. Di sini lah pengalaman doktor muda bermula. Berhadapan dengan pesakit, merawat dan memastikan setiap perkara di ambil kira kerana ianya melibatkan nyawa. Di housemanship ini adik-adik akan dinilai dan akan dibenarkan melengkapkan housemanship jika lulus.
Jauh perjalanan, banyak likunya. Belum lagi cerita dugaan sepanjang belajar. 2 hari bercerita belum boleh habis adik-adik. Tapi yang pasti suatu hari nanti adik-adik akan melihat kebelakang dan bangga dengan apa yang adik-adik akan capai. Tiada yang mudah tapi akan dipermudahkan jika kita yakin pada diri. Ingat permulaan yang tidak baik bukan penentu pengakhirannya. Kejayaan tak akan kalah dengan usaha. Jom jadi doktor! Layari https://medicmesir.com/ segera!
Saya nak tanya , kalau bi C+ peringkat spm boleh ke nak sambung ijazah perubatan ? mohon pencerahan .