Nak tahu jenis pengangkutan di Mesir?

Jom cari jawapan kepada persoalan yang korang semua tertanya-tanya. Lagi- lagi pelajar yang nak sambung belajar di Mesir.
“Boleh ke ni nak belajar dekat Mesir? Nak pergi kelas naik apa? Public transport senang ke nak access? Tak bahaya ke keluar sorang-sorang? Mahal tak kalau nak teksi dekat sana?”
Pengangkutan ni sangat penting selepas makanan. Nak pergi mana-mana kena fikir dulu nak gerak naik apa. Ada beberapa jenis pengangkutan di Mesir yang affordable untuk pelajar di sana. Tapi kalau nak cari yang selesa tu kena lah keluar duit lebih sikit. Sama juga konsep pengangkutan di Malaysia. Jom saya senaraikan beberapa pengangkutan yang ada di Mesir.


1. Tremko/ Mini bas

Pelajar di Mesir kebanyakan ramai yang tidak asing lagi dengan penggunaan tremko. Tremko ni ibarat mini bas yang boleh muat 12 orang dah saiznya lebih kurang macam saiz sebuah van. Tremko lagi mudah untuk dapat berbanding bas dan ada dimana-mana sahaja sekitar Mesir. Tapi, tambang berbeza dari satu tempat ke tempat lain bergantung kepada jarak dan harga tambang pun sangat murah. Tremko ni paling famous di kalangan pelajar. Senang nak bergerak ke universiti ramai ramai dengan kawan. Tak ada lah kes kena tinggal pergi kelas!


2. Teksi

Teksi, paling mudah nak dapat kalau kita nak cepat. Tapi kena ingat, kalau nak naik teksi kena tanya siap siap berapa tambangnya dan pastikan wang yang diberi cukup-cukup. Ada 2 jenis teksi, satu bermeter dan satu lagi tidak bermeter. Teksi tidak bermeter dah semestinya bergantung kepada pemandunya. Kalau yang tidak biasa dengan tempat-tempat digalakkan naik teksi bermeter sebabnya tak perlu nak berunding harga tambang dengan driver. Tips dia kena bagitahu lokasi yang tepat jadinya driver tak boleh nak tipu bawa jalan jauh dan caj mahal. Ini kalau nak pergi shopping selesa lah sikit naik teksi bawak banyak barang lagi lagi perempuan.


3. Bas

Bas pun salah satu pengangkutan yang ada di Mesir. Tapi kalau nak elakkan bersesak dekat jalan raya, tak disarankan naik bas. Bas banyak berhenti di beberapa stesen dan susah nak dapat tempat duduk pada waktu puncak. Lebih kurang juga dengan bas di Malaysia. Setiap bas ada laluan tertentu dan ada nombor bas yang akan bawa ke kawasan tertentu. Jadinya kena rancang awal perjalanan sebab ada kawasan yang bas tak akan lalu. Tapi bas di Mesir tambangnya murah juga kalau nak dibandingkan dengan teksi.


4. Train

Sistem kereta api di Mesir adalah antara yang tertua di Afrika dan Timur Tengah. Kalau nak naik train ni sesuai kalau perjalanan yang jauh. Train di Mesir pun pakai sistem berjadual, jadinya boleh siap siap rancang perjalanan korang!
Paling penting dekat mana-mana pun kita kena adapt bukan sahaja budaya dan cuaca, kenderaan atau pengangkutan pun kita kena belajar untuk adapt. Mula-mula tu biasalah kalau tersesat ke kena tipu ke. Bawak kawan jangan sorang-sorang, lagi-lagi perempuan. Selesa atau tidak itu kita cerita nanti asalkan selamat sampai dan tak lambat datang ke kelas. Tak suka bersesak boleh naik teksi, nak murah boleh naik tremco, nak cepat? Jalan kaki, kalau dekat. Kalau jauh pilihan di atas ada.

Jadi, apa tunggu lagi? Anda berpeluang untuk cipta pengalaman yang sedia ada ini dengan belajar di Mesir. Boleh layari www.medicmesir.com untuk info yang lanjut atau hubungi Kaunselor MedicMesir di talian http://www.wasap.my/60133023030/NakJadiDoktor untuk bimbingan dalam menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian mahupun farmasi ke negara Mesir. Anda boleh mendaftar sekarang dan sertai Taklimat MM bersama Ummi MedicMesir untuk keterangan yang lebih terperinci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button