
Banyak IPTA yang menawarkan pengajian bidang perubatan tetapi kadar persaingan dan tempat kekosongan sangat terhad sedangkan ramai yang sudah merancang nak sambung perubatan. Pergi ke hospital-hospital masih banyak yang kurang tenaga doktor pakar. Dah tiada pilihan lain selain menyambung di IPTS.
‘’Betul ke adik ni sambung dekat IPTS ni? Ibu tengok yuran pengajian dia mahal sangat lah’’
‘’Ibu kata nak adik jadi doktor dari kecil lagi ibu bagi semangat dekat adik untuk jadi doktor’’
‘’Ya ibu tahu. Tapi kenapa susah ya nak masuk IPTA. Keputusan adik pun cemerlang’’
‘’Ibu, adik ada jumpa universiti luar negara yang menawarkan bidang perubatan. Adik dah survey yuran pun jauh lebih murah’’
‘’Ye ke adik?’’
Buntu dah fikir ni cara apa lagi yang ada untuk bagi anak-anak sambung belajar bidang perubatan. Jangan risau ya para ibu bapa. Banyak universiti luar negara yang menawarkan pengajian perubatan dan diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Jadi sebelum nak apply saya sarankan adik-adik check dahulu pengiktirafan universiti tersebut. Sangat penting ya pengiktirafan dari MQA ni untuk pastikan pelajar boleh menjalani latihan praktikal ataupun housemanship di Malaysia dan seterusnya menjadi doktor yang sah dan diiktiraf untuk bekerja di Malaysia. Jadi, negara mana yang menjadi pilihan kali ini? Jom saya senaraikan universiti yang menawarkan bidang perubatan di Mesir!
1. Universiti Al-Azhar

Nama universiti tersebut bukanlah pertama kali di dengari dan yang pasti telah lama diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Universiti Al-Azhar adalah universiti yang tertua di dunia dan merupakan universiti wakaf. Ramai graduan telah dilahirkan di universiti ini bukan sahaja dalam bidang agama tetapi juga bidang perubatan dan pergigian. Ramai rakyat Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar Mesir.
‘’Macam mana cara belajar di sana? Semua dalam Bahasa arab ke? Kena hafal Al-quran ke?’’. Tidak, bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris sepenuhnya dan tidak perlu menghafal Al-quran pun untuk sambung disini. Cuma, kena lah belajar bahasa arab untuk berkomunikasi. Bukanlah seperti yang dimomok-momokkan, kena belajar arab lah, hafal Al-quran dan sebagainya. Dan tidak dinafikan kemahiran klinikal adalah yang terbaik. Selain itu, kos sara pengajian dan kos sara hidup yang rendah. Bukan setakat yuran pengajian murah, kos sara hidup pun murah. Yuran pengajian di Al-Azhar adalah yang terendah berbanding UK, USA dan Indonesia bahkan universiti swasta Malaysia lagi mahal! Bidang yang ditawarkan adalah bidang perubatan dan juga bidang pergigian. Yuran pengajian ialah 8000 USD setahun. Boleh lah adik-adik comparekan dengan universiti swasta di Malaysia.
2. Universiti Mansoura

Universiti yang terbesar di Mesir dan tersenarai di dalam 10 universiti terbaik di dunia Arab. Antara bidang yang ditawarkan ialah perubatan, pergigian dan juga farmasi. Yuran pengajian juga tidak terlalu mahal iaitu 9000 USD setahun. Jadi apa yang menariknya Universiti Mansoura ni? Kalau adik-adik nak tahu, universiti Mansoura menawarkan 2 jenis program perubatan, iaitu conventional dan problem based learning ataupun Manchester programme. Mana satu program yang bagus? program Manchester ni program kerjasama dengan Manchester University, UK. Maknanya program ni lebih jauh ke hadapan sebabnya research dan development selari dengan Manchester University. Apa pulak program conventional ni? Program ini lebih kepada pembacaan dan penghadaman yang tinggi berbanding program Manchester ianya lebih klinikal.
3. Universiti Alexandria

Kalau adik-adik nak tahu universiti Alexandria ni sangat terkenal dan terbesar di Mesir. Keunikan universiti ini dekat dengan pantai. Boleh lah kalau nak release stress kalau penat belajar. Universiti Alexandria pun menawarkan bidang perubatan, pergigian dan farmasi. Tapi kalau nak bandingkan dengan universiti lain di Mesir, yuran pengajian Universiti Alexandria agak mahal iaitu 4,000 USD/sem. Universiti Alexandria menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan di dalam kelas. Universiti ini juga mempunyai kemudahan pembelajaran yang terkini dan mempunyai sebuah perpustakaan yang besar dan moden. Kos sara hidup di sini agak mahal berbanding dengan di Kaherah dan Mansoura.
4. Universiti Tanta

Universiti Tanta pun salah satu universiti yang tertua di Mesir. Tapi terkenal dengan klinik skill yang sangat terbaik dan lengkap untuk mendiagnose pesakit. Sekitar 9000 USD setahun untuk yuran pengajian dan masih dikira murah berbanding dengan universiti swasta di Malaysia. Lebih 1000 pelajar Malaysia telah melanjutkan pelajaran di sana dan berjaya menjadi doktor. Bahasa Inggeris juga diguna pakai sebagai bahasa pengantaraan. Jadi adik-adik tak perlulah nak rungsing fikir kena belajar bahasa arab ke.
Dah buat pilihan ke mana satu universiti yang menjadi pilihan hati? Mana-mana universiti pun yang adik-adik pilih, pilih lah yang terbaik dari segi kos pengajian, kos sara hidup dan bidang yang diminati. Betul ke semua universiti di atas diiktiraf? Adik-adik boleh buka portal MQA untuk check. Dan yang pasti ramai doktor-doktor yang dah grad dari universiti di Mesir.
Jadi, apa tunggu lagi? Anda berpeluang untuk cipta pengalaman yang sedia ada ini dengan belajar di Mesir. Boleh layari www.medicmesir.com untuk info yang lanjut atau hubungi Kaunselor MedicMesir di talian http://www.wasap.my/60133023030/NakJadiDoktor untuk bimbingan dalam menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian mahupun farmasi ke negara Mesir. Anda boleh mendaftar sekarang dan sertai Taklimat MM bersama Ummi MedicMesir untuk keterangan yang lebih terperinci.