Jom study overseas!

‘’Dekat mana tu?! Wah dengar overseas je terus semangat ya! Bukan berjalan-jalan di overseas ya tapi belajar! Sanggup ke berjauhan dengan family, kawan, tak dapat makan makanan Malaysia, hidup berdikari? Boleh ke survive dekat negara orang? Boleh ke belajar bahasa asing? Aduh belum pergi, belum cuba dah banyak masalah nak kena hadap nanti.’’


Haaa waktu ni lah kita nak cabar diri kita mencuba sesuatu baru dan keluar dari zon selesa. Tapi apa pun mindset tu penting. Kita pergi ke negara orang untuk belajar dan menuntut ilmu. Bukan sahaja dapat ilmu dan pelajaran, budaya dan skills hidup kita pun akan improve.
Macam mana cara nak apply study overseas?


1. Buat perancangan dari awal

Pertama, sebelum buat keputusan untuk sambung belajar di luar negara kita kena ada perancangan dari awal lagi sebelum kita ambil peperiksaan SPM. Sebabnya nak sambung belajar luar negara kena dapat keputusan yang baik. Sebaiknya kita sudah tahu apa aliran yang perlu diambil dan jurusan apa yang akan diambil nanti. Bila kita dah ada perancangan awal lagi mudah kita nak buat keputusan dan pilihan yang tepat. Supaya kita tak rugi masa dan duit.


2. Buat survey

Sebaiknya kita buat kajian, teliti dahulu negara mana yang nak dijadikan tujuan, universiti mana yang kita nak pilih, bidang pengajian yang akan diambil. Pastikan bidang yang akan diambil tu bidang yang diminati, tak adalah nanti kita rasa terbeban bila belajar. Bila dah ada target bidang yang diminati dan universiti yang terbaik, barulah kita boleh buat kira-kira untuk kos sara hidup di sana. Pentingnya merancang supaya kita ada ilmu untuk survive di negara orang.


3. Cari badan kerajaan/agen yang boleh bantu

Nak belajar luar negara bukan senang senang boleh terus pergi. Banyak prosedur yang perlu diambil kira dan lebih baik jika ada badan kerajaan atau agent consultant yang boleh tolong kita. Mereka boleh bantu dari segi dokumen, pendaftaran, visa, hal universiti, tempat tinggal dan lain-lain. Kalau ada budget yang besar boleh guna agen sebab lebih cepat dan mudah. Paling penting cari agen yang boleh dipercayai dan yang tiada bad history. Takutnya dah sampai sana nanti kita terkontang-kanting nak hidup.


4. Pilihan Universiti

Dah ada pilihan jurusan pengajian yang nak disambung tapi tak tahu nak pilih universiti mana yang terbaik. Cara nak pilih universiti mestilah cari universiti yang diiktiraf kerajaan Malaysia bukannya suka-suka pilih tanpa membuat kajian dulu. Nak lagi bidang perubatan. Pengiktirafan kerajaan Malaysia tu penting ya suapaya tiada masalah nanti bila nak kerja di Malaysia. Sebaiknya, pilih universiti yang terkenal dan ada reputasi yang bagus. Kedua baru lah buat kajian tentang yuran universiti mengikut kemampuan sendiri. Kita nak belajar jauh ni banyak duit yang nak guna. Jadi bincang lah elok-elok dengan parents, kos pengajian mana yang terbaik.
Tak salah kita nak sambung belajar di luar negara tapi pentingnya merancang dan tahu kemampuan kita supaya di hujung hari nanti kita yang tak susah. Nak belajar dekat mana pun boleh, bak kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan tetapi kita pun kena ukur baju di badan sendiri. Apa-apa pun goodluck adik-adik!


Bagi adik-adik yang berminat nak sambung pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian ataupun farmasi di dalam negara atau luar negara boleh layari https://medicmesir.com/ . Nak cepat respond? Boleh hubungi atau chat kami di 013-3023030 . Jom jadi Doktor!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Infopak MedicMesir

Please complete this information to download INFOPACK MEDICMESIR 2025

Personal Info


I'm interested in


Call Now Button