Kenapa aku memilih untuk menjadi doktor?

“Kenapa nak jadi doktor ya? Korang tak takut ke tak ada life? Tak menyesal ke nanti?”
Pada aku kerjaya sebagai doktor ini satu pekerjaan yang mulia membantu orang lain dalam kesakitan. Bagi aku kerjaya doktor ini satu kerjaya yang tetap akan mendapat permintaan yang tinggi sebabnya setiap nyawa itu berharga dan setiap penyakit itu perlukan penawarnya. Lagipun kerjaya doktor ni luas, banyak pilihan yang aku boleh pilih macam doktor pediatrik, doktor psikiatri, doktor pakar sakit puan dan sebagainya. Banyak perkara yang pastinya membuat aku bersemangat nak jadi doktor sebab pertamanya nak selamatkan dan bantu ramai orang sebab keduanya nak kaji dan lihat sendiri betapa besarnya ciptaan Allah. Selain itu, kepakaran bidang perubatan sangat diperlukan bukan hanya dalam negara tetapi serata dunia.
Bidang kedoktoran yang boleh diceburi.
Kalau pergi hospital ataupun klinik setiap penyakit itu dirawat oleh doktor yang berbeza mengikut jenis penyakit yang dihadapi seseorang. Banyak jenis doktor-doktor pakar yang ada untuk rawat penyakit yang berbeza.

1. Pakar Bedah


Pakar bedah ni doktor yang terlatih untuk melaksanakan prosedur pembedahan yang memerlukan ketangkasan dan penelitian yang sangat tinggi. Nak jadi pakar bedah perlu ambil masa 13 tahun latihan sebelum menjadi pakar bedah am. Pakar bedah sangat diperlukan dalam semua peringkat pembedahan, termasuk penjagaan pra operasi, intraoperative dan pasca operasi.


2. Ahli Othalmologi

Pakar Oftalmologi memang tugasnya untuk merawat, mendiagnosis dan mencegah sebarang perkara yang berkaitan dengan mata dan penglihatan. Nak jadi doktor yang rawat mata sahaja pun boleh tau.

3. Pediatrik

Pakar pediatrik bertanggungjawab dalam penjagaan bayi, kanak-kanak dan remaja. Ini termasuk kepakaran menguruskan dari segi kesihatan, perkembangan dan pertumbuhan mental dan juga fizikal. Bayi dan kanak-kanak pun ada specialist sendiri kalau mereka sakit.

4. Psikiatri

Sad woman holding her head in pain while having a meeting with psychotherapist.

Pakar psikiatri dikhaskan untuk diagnosis, mencegah dan merawat sebarang penyakit yang melibatkan mental seseorang individu. Jadi kalau kita rasa pelik dengan mental kita pakar psikiatri ni yang akan bantu dan rawat kita.

5. Dermatologi

Sad woman holding her head in pain while having a meeting with psychotherapist.

Kalau kita ada masalah berkaitan dengan kulit, pakar dermatologi ni akan bantu untuk merawat masalah kulit kita, masalah rambut, kulit kepala, kuku dan penyakit yang berkaitan dengan kulit.

6. Gynecologist

Sad woman holding her head in pain while having a meeting with psychotherapist.

Ini adalah pakar bagi segala masalah wanita. Pakar gynecologist ni untuk merawat penyakit wanita terutamanya penyakit yang berkaitan dengan organ pembiakan wanita.
Banyak lagi sebenarnya kerjaya sebagai doktor. Ada berpuluh bahkan beratus jenis penyakit yang kita alami akan dirawat oleh doktor yang berbeza mengikut kepakaran. Jadi janganlah termakan kata-kata orang dekat luar tu yang cuma nak patahkan semangat kita nak jadi doctor for ummah! Aku yakin kita semua akan jadi doktor yang akan tolong ramai orang dekat luar sana.

Jadi, apa tunggu lagi? Anda berpeluang untuk cipta pengalaman yang sedia ada ini dengan belajar perubatan di Mesir. Boleh layari www.medicmesir.com untuk info yang lanjut atau hubungi Kaunselor MedicMesir di talian http://www.wasap.my/60133023030/NakJadiDoktor untuk bimbingan dalam menyambung pelajaran dalam bidang perubatan, pergigian mahupun farmasi ke negara Mesir. Anda boleh mendaftar sekarang dan sertai Taklimat MM bersama Ummi MedicMesir untuk keterangan yang lebih terperinci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button