Nak jadi doktor tak semestinya kena jadi doktor pakar. Doktor gigi pun adalah doktor. Tapi kenapa jarang dengar orang sambung pengajian pergigian? Eh mana ada! Ramai saja kat luar sana yang ambil bidang pergigian cumanya tidak diwar-warkan.
‘’Ambil pergigian ni mesti belajar pasal gigi kan? Senang jelah kalau macam tu. Buat apa belajar jauh-jauh?’’
Salah tu. Memang doktor gigi kita rawat gigi pesakit tapi belajar jurusan pergigian pun tidak mudah ya perjalanannya. Ambil pergigian pun perlu belajar physiology, biochemistry, pharmacology anatomy dan general medicine serta surgery. Tapi tak adalah ambil subjek-subjek yang mendalam macam pelajar medik. Lebih santai tapi tak mudah dan tak senang. Ramai yang salah anggap doktor gigi ni rawat gigi je ke. Tak juga ianya melibatkan head and neck juga ya. Pergigian ni banyak melibatkan kepala dan leher yang banyak. Bukan semua doktor perlu bedah membedah tapi doktor gigi kenalah bedah gigi. Siapa yang takut kalau jumpa doktor gigi? Kenapa lah korang kena takut. Kami ni nak rawat korang je tau.
‘’Doktor gigi pun kena sambung belajar kalau nak jadi doktor pakar ke?’’
Ya betul, sama macam doktor medik. Doktor gigi pun ada banyak speciality dan perlukan kepakaran. Untuk jadi pakar kena sambung belajar lagi 4 tahun baru boleh jadi doktor pakar.
‘’Jadi doktor gigi ni senang ke kerja?’’
Semua kerja ni ada journey dia. Tak susah, tak mudah. Bergantung pada situasi, diri kita sendiri dan macam mana kita hadapi. Tapi berbanding dengan doktor medik, doktor gigi tak lah susah macam doktor medik tapi pasti ada cabaran juga. Kena pro bahagian klinikal sebab tiap hari kita akan hadap patient dan gigi. Tapi sebelum bergelar doktor gigi sudah pasti banyak cabaran, liku-liku dan drama air mata.
“Saya minat nak jadi doktor gigi. Apa yang patut saya buat lepas SPM?’’
Pertama, adik kena tahu kemampuan adik. Buat yang terbaik dapatkan keputusan yang baik dan sambung pra-universiti. Banyak universiti awam dan swasta yang menawarkan bidang pergigian. Subjek wajib yang perlu adik-adik ambil semasa di Tingkatan 4 ialah Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik. Pastikan adik-adik jaga grade untuk subjek berikut. Tetapi universiti di Mesir ada menawarkan bidang pergigian di mana lepasan SPM yang cemerlang boleh terus memohon dan lanjutkan pelajaran di Mesir. Berapa lama? Bergantung kepada universiti dan negara tersebut. Antara 5 hingga 6 tahun untuk menamatkan pengajian.
Apa pun yang adik-adik nak capai pastikan niat dan minat itu ada. Mesti dapat hadap setiap cabaran dan rintangan perjalanan sebelum menjadi doktor. Penat dan lelah pasti rasa berbaloi sebaik saja adik-adik dapat gelaran doktor. Perjalanan yang panjang dan pekerjaan yang mulia. Tak semua orang mampu buat untuk jadi doktor. Banyak tanggungjawab dan pengorbanan sebagai seorang doktor. Semoga semua bakal doktor kita dipermudahkan urusan dan kepada adik-adik yang berminta untuk jadi doktor medik, doktor gigi ataupun farmasi, jom daftar segara! https://medicmesir.com/ . dan hubungi kami di talian 013-3023030.