Peruntukan 100,000LE untuk program pelajar MedicMesir

Salam,

Sukacita dimaklumkan, pihak MedicMesir memperuntukkan sebanyak 100,000LE untuk menjayakan program yang dianjurkan atas inisiatif pelajar bagi sesi akademik 2010/2011. Program ini, samada berbentuk peningkatan akademik, peningkatan kendiri atau kemahiran tertentu, program peningkatan khidmat sosial / ilmu agama dan program meningkatkan ‘ukhuwah fillah’ sesama warga MedicMesir khasnya dan warga Mesir umumya.
Belanjawan akan diberikan mengikut muhafazah. Oleh itu wakil pelajar setiap muhafazah perlu menghantar cadangan program untuk kalendar akademik 2010/2011 yang berakhir Julai 2011. Cadangan mestilah dihantar selewat-lewatnya 15hb Oktober 2010.
Cadangan program dan pembentangan mengikut muhafazah perlu diadakan antara 20-30hb Oktober 2010 di Mesir bersama Ummi sebelum kelulusan dapat dibuat. Oleh itu, setiap muhafazah perlu kreatif dan proaktif didalam mempastikan peruntukan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Semoga peruntukan ini memberi keselesaan didalam melatih diri antum kearah pembentukan ikon Doktor Muslim yang dinanti oleh ummah. Semoga dimudahkan segala urusan ! Ameen.
Salam Sayang,
ummiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Infopak MedicMesir

Please complete this information to download INFOPACK MEDICMESIR 2025

Personal Info


I'm interested in


Call Now Button