Ragu-ragu Nak Sambung Pengajian Ke Mesir? Jom Baca Ni!

Pasti ramai dalam kalangan anda yang sebenarnya ingin sambung pelajaran ke Mesir. Tetapi, mungkin terdapat beberapa faktor yang membuatkan anda rasa ragu-ragu atau tidak pasti sama ada keputusan yang ingin dibuat adalah betul atau sebaliknya. 

MedicMesir ingin membantu anda untuk pastikan niat anda ingin belajar di Bumi Para Anbiya’ tercapai.

1. Mendapat Persetujuan Keluarga

Ahli keluarga adalah orang yang pertama sekali yang perlu tahu tujuan kita untuk melanjutkan pelajaran ke sana. Persetujuan bersama ahli keluarga boleh meyakinkan diri anda untuk sambung belajar ke luar negara tanpa rasa risau dan ragu-ragu.

Buat sedikit kajian tentang universiti yang ingin dituju dan yakinkan ahli keluarga bahawa keadaan di universiti adalah selamat. Umum mengetahui, Mesir adalah tempat yang selamat dan peroleh berkah luas dalam menuntut ilmu di sana.

MedicMesir menguruskan segala keperluan anak-anak yang menyambung pengajian ke Mesir seperti pengurusan penerbangan, rumah sewa dan program aktiviti yang boleh dijalankan secara bersama. Setelah tibanya anda di sana, MedicMesir akan sentiasa memantau keadaan dan kebajikan pelajar-pelajar MedicMesir.

2. Universiti Yang Dipilih Adalah Tepat

Setiap latar belakang daripada kita adalah berbeza. Ada yang datang dari keluarga yang senang, ada yang datang dari keluarga yang sederhana dan sebagainya. Dalam memilih universiti, sudah semestinya anda perlu mengambil kira yuran pengajian yang perlu dilunaskan.

Sudah menjadi kebiasaan MedicMesir membantu memberikan keterangan dan pilihan yang terbaik buat anda yang ingin memilih universiti pengajian sesuai dengan kemampuan anda. Dengan khidmat bantuan MedicMesir, ramai graduan dari MedicMesir membuat pengajian di Mesir dengan lancar dan tiada sebarang masalah. Semuanya okey belaka!

3. Fahami Tujuan Sebenar Untuk Belajar Di Luar Negara

Satu hal yang perlu dititikberatkan oleh anda untuk belajar ke luar negara terutamanya ke bumi Mesir iaitu mengetahui dan memahami tujuan sebenar anda untuk menyambung pengajian di sana. 

Mungkin terkadang anda memikirkan anda tidak mampu, risau membazir wang, risau tidak fokus dan sebagainya. Tetapi, harus selalu diingati. Tiada istilah ‘merugikan’ dalam menuntut ilmu. Tambahan pula, anda menuntut ilmu di bumi Mesir, bumi yang penuh dengan berkat dan rahmat.

Berkata Buya Hamka, “Jangan takut gagal karena orang yang tidak pernah gagal hanyalah orang yang tidak pernah melangkah.” 

Cukup besar makna kata-kata ini bahawa keputusan anda untuk belajar ke luar negara adalah keputusan yang tepat serta diiringi keyakinan yang mantap.

Ayuh semua! Pastikan tujuan anda untuk belajar ke Mesir menjadi nyata. Bersama MedicMesir, segalanya akan dipermudahkan dari persediaan pengajian sehingga anda tamat belajar di Mesir.

Anda boleh sertai Taklimat MM yang disampaikan oleh Ummi MedicMesir setiap hari Sabtu dari jam 10 hingga 12 tengah hari melalui aplikasi Zoom dan boleh layari medicmesir.com untuk info lanjut. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi hotline di talian http://www.wasap.my/60133023030/NakJadiDoktor

Selamat belajar di bumi Mesir!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button