Yuran Pengajian Universiti Sesi 2010-11

Assalamualaikum wbt. Sukacita bersama ini disertakan makluman mengenai pembayaran yuran bagi sesi pengajian 2010-2011. Segala pertanyaan, sila berhubung melalui BORANG PERTANYAAN YURAN PENGAJIAN ini. Segala pertanyaan mengenai yuran sila berhubung dengan En Aliff di talian 03 89459030. Kadar YURAN

Universiti Program Tahun Kadar Jumlah (RM)
Alexandria Perubatan/ Pergigian 1/2 8000USD 25,600
AlAzhar Perubatan/ Pergigian 1 2000USD 6,400
Perubatan/ Pergigian 2 8000USD 25,600
Tanta Perubatan 1 3000USD 9,600
Perubatan 2 8000USD 25,600
Pergigian PreDental 3000GBP 15,000
Mansoura Manchester 1 2000USD 6,400
Manhester 2 8000USD 25,600
Manchester 3 3000GBP 15,000
Regular 3 1800GBP 9,000
Dentistry 1/2 1800GBP 9,000
Zagazig Farmasi 1 2500USD 8,000
2 5000USD 16,000

*jumlah didalam RM adalah mengikut kadar semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui blog MedicMesir. Tarikh Akhir Bayaran Alexandria : 1hb Mei 2011 Mansoura / Azhar / Tanta / Zagazig : 5hb Januari 2011 (Atas beberapa sebab, MedicMesir tidak menguruskan sebarang pembayaran yang dibuat semasa cuti musim panas) Bayaran melalui KWSP Pelajar yang membayar melalui pengeluaran KWSP dibenarkan untuk membayar lewat (selewat-lewatnya sebulan dari tarikh diatas), tetapi perlu memaklumkan MedicMesir melalui borang diatas. Surat KWSP dari universiti akan mula di email bermula 21hb December 2010 (bagi yang telah memohonnya terdahulu). Sila ambil maklum, KWSP akan mengeluarkan deraf atas nama Universiti masing-masing. Cara Pembayaran Cara Pertama: Bayaran melalui MedicMesir. 1. Masukkan jumlah didalam RM diatas ke akaun MedicMesir. 2. Nama Akaun: ‘CampusCity Management’ , Maybank, 512802506800 3. Fax bank in slip ke 0389423827. Nyatakan Nama pelajar / Uni / Tahun/ Alamat untuk tujuan pengeposan resit / No HP untuk tujuan pengesahan penerimaan fax. 4. Resit hanya dikeluarkan dalam masa 1 bulan. Cara Kedua: Penyediaan Deraf oleh Keluarga Pelajar 1. Sediakan bank deraf luar negara mengikut jumlah USD atau GBP diatas. 2. Anda sama boleh menyerahkan kepada anak di Mesir atau mengeposkan deraf tersebut ke pejabat MedicMesir. 3. Salinan penerimaan akan diposkan. Oleh itu pastikan, nama pelajar ditulis dibelakang deraf yang disediakan. Sila nyatakan alamat untuk tujuan pengeposan penerimaan deraf tersebut.4. Nama Penerima Cek: Alexandria: Alexandria University Mansoura: Mansoura University Al Azhar: President, Al Azhar University Zagazig: Zagazig University Tanta: (Perubatan) : Dean, Faculty of Medicine, Tanta University (Pergigian): Dean, Faculty of Dentistry. Tanta University
Semoga maklumat ini membantu. Insyallah Salam Ikhlas,UmmiMM @ Siti Haniza Mohd Nazri

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button