Salam sejahtera buat pembaca, Sememangnya pengalaman waktu belajar adalah pengalaman yang paling akan dirindui kebanyakkan graduan graduan universiti. Selain daripada pengalaman mencabar bergelar pelajar, ada juga pengalaman manis yang diukir. Apatah lagi jika menyambung pelajaran diluar negara. Pengalaman belajar medik di Mesir mungkin dapat dikongsikan untuk coretan hari ini.
Bagaimana boleh seseorang itu menyambungkan pelajarannya di Mesir? Bermacam laluan yang boleh lepasan spm, asasi, matrik dan diploma yang membolehkan seseorang itu melanjutkan pelajarannya dan belajar medik di mesir. Antaranya lepasan Asasi boleh memohon terus di universiti – universiti di Mesir untuk melanjutkan pembelajaran dalam bidak perubatan. Antara adalahnya menggunakan agen seperti MedicMesir.
Pengajian pendidikan khusus di dalam bidang perubatan atau medik di Mesir jauh lebih murah daripada universiti-universiti di negara-negara lain hatta di dalam Malaysia sekalipun. Fakulti Perubatan, Al-Azhar, Kaherah adalah lebih kurang hanya USD8000 sahaja bagi setahun pengajian.

Bagi lepasan SPM juga, mereka yang sudah peroleh Sijil Pelajaran Malaysia dan mempunyai matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, boleh segera memohon Fakulti Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar, Mesir. Fakulti ini terletak di Universiti Al-Azhar, Hayyu Sadis (Seksyen 6). Pengajiannya sedikit murah USD1000 setahun.
Pengalaman Belajar Medik Di Mesir – Kehidupan Sebagai Pelajar
Sebagai seorang pelajar medik di mesir tentu banyak cabaran yang perlu ditempuhi antaranya adalah berjauhan dengan keluarga dan juga pengalaman bersama dengan rakyat mesir itu sendiri. Antara bidang yang boleh diambil dalam bidang perubatan di Mesir adalah course yang bernama Bachelor of Dental Surgery .
Pembelajaran di medik mesir juga memerlukan kelulusan yang bagus. Dalam Sijil Penilaian Malaysia dan juga kelulusan yang berkaitan dengan bidang perubatan ini. Pembelajaran di bumi Anbiya’ penuh dengan cabaran yang setiap pelajar haru kuat dan sabar dalam setiap ujian. Selain daripada kejutan budaya itu sendiri pelajar juga harus cekap mengadaptasi pembelajaran medik di mesir itu sendiri.
Disamping itu suasana di Mesir juga agak berbeza dengan di Malaysia. Tanahnya yang berpasir dan perubahan suhunya yang agak ketara. Justeru kekuatan fizikal juga diperlukan untuk menyambung belajar medik di mesir.

Selain itu belajar medik di mesir juga memerlukan pengetahuan bertutur dalam Bahasa Arab yan merupakan Bahasa utama Masyarakat disana, Pengetahuan asas bertutur amatlah penting untuk keperluan harian seperti belajar, membeli belah dan juga menggunakan perkhidmatan awam di sana. Kebolehan bertutur dalam baahsa Arab merupakan satu kebaikkan untuk mereka yang ingin melajutkan pembelajaran medik di mesir.
Kos sara diri dan hidup belajar di Mesir tidaklah terlalu membebankan. Pertukaran wang USD100 bersamaan dengan LE1800 (2019). Saya kira boleh dikatakan satu nilaian yang terbaik berbanding zaman saya belajar. Harga rumah sedikit mewah. Lebih kurang LE2000 serumah. Itupun usah risau boleh kongsi berlima atau berenam. Jadi insya-Allah tidak menjadi masalah. Secara amnya kos sara diri lebih kurang RM800-900 sebulan adalah wajar pada waktu ini. (Kira-kira LE4000). LE tu apa? Itu ialah matawang Mesir (LIRA EGYPT).

Pengalaman Belajar Medik Di Mesir – Kelebihan Pengajian Di Mesir
Apa kelebihan Mesir? Oleh kerana bumi Mesir ialah kiblat ilmu, Pihak kami mencadangkan para pelajar yang belajar Medik di Mesir atau apa bidang sekalipun untuk mencari ilmu di masjid-masjid Al-Azhar dan Ruwaq Al-Azhar untuk menjadi seorang duat yang benar-benar disegani. Kita melahirkan Ibnu Sina yang hebat di dalam bidang Perubatan dan hebat juga dalam menguasai kitab-kitab muktabar para ulama. Kita melahirkan Al-Khawarizmi, Al-Kindi, dan ramai lagi tokoh ulama yang telah lahir. Kita menyambung legasi generasi ulama dalam pelbagai bidang. Sudah terbukti ada pelajar medik di Mesir yang ambil juga pelajaran dalam bidang Syariah Islamiah di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Dekat sini terlalu banyak pengajian agama yang ada. Nak belajar fiqh, usul, tasawauf, hadith, sebut je apa nak. InsyaAllah semua ada. Nak hafal Quran pun boleh. Dan banyak yang free pula tu ! Kita yang pilih nak join atau tak. Sangat rugi belajar di Mesir tapi peluang yang ada tidak dimanfaatkan. Hatta jika adik-adik jurusan perubatan sekalipun, peluang untuk mendalami agama sangat terbuka luas. Saya punya ramai kawan, sambil belajar perubatan mereka mengambil jurusan pengajian islam dan menghafal Al-Quran. Luar biasa.

Walaupun banyak rintangan yang perlu dihadapi namun banyak juga pengalaman manis yang boleh diterokai. Antaranya dapat menikmati hidangan dan juadah makan daripada mesir yang sangat lazat dan menyelerakan. Antara kegemaran pelajar medik di mesir adalah pudding nasi (ruz bilaban ) yang sangat digemari kerana keunikkan rasa dan kemanisan dalam juadah tersebut. Selain pada itu pelajar yang belajar di mesir juga dapat menikmati hidangan daging unta yang sukar didapati di Malaysia. Namun jangan risau buat mereka yang ingin makan makanan Malaysia disana masih ada restoran restoran melayu yang menyediakan makanan Malaysia. Selain daripada itu makanan segera seperti KFC juga ada disana jika pelajar di Mesir teringin untuk makan.

Pengalaman Belajar Medik Di Mesir – Mudah Umrah
Belajar medik di Mesir dapat memberikan pelajar peluang untuk mendapatkan ilmu yang lebih mendalaman dalam bidang perubatan selain daripada mengumpul pengalaman di bumi Anbiya’ ini. Kebanyakkan pelajar lepasan medik di Mesir menyuarakan pandangan yang positif dan kebanyakkan menyatakan bahawa mereka sangat teruja berada disana .
Sangat berbeza keadaan di Arab Saudi dan negara-negara Islam yang lain. Teman-teman sekalian, kita perlu terima fakta tempat lahirnya Nabi Muhammad ﷺ. Wahyu diturunkan di sana. Selama 13 tahun Rasulullah berdakwah di Mekah, 10 tahun Al-Quran diturunkan.
Selain daripada itu pelajar juga boleh mendapatkan peluang menunaikan umrah diasana. Peluang menunaikan umrah ni tidak semua dapat merasa. Jadi Salah satu kelebihan belajar di mesir adalah anda boleh menunaikan umrah disana dengan mudah.

Salah satu point yang amat menarik adalah surau dan masjid senang nak jumpa di mana-mana termasuk di universiti dan mall. Nak solat pun mudah tak perlu pakai telekung, janji tutup aurat boleh terus solat. Sebagai umat islam banyak kebaikkan belajar di Mesir. Budaya memberi salam amatlah dititikberatkan . Boleh dikatakan dimana mana sahaja keramahan penduduk mesir membuatkan kita tidak asing berada disana.
Tambahan pula, penduduk Mesir suka mengalunkan bacaan ayat Al-Quran di mana-mana saja. Dikatakan semua kedai mereka tak kiralah kedai runcit ke kedai topup ke kedai makan ke kedai jual baju/ buku dan semua kedai lah mereka akan pasang audio bacaan Quran imam-imam tersohor. Sama juga dalam kenderaan awam.
Jarang sangat nak dengar mereka pasang lagu Arab. Suasana begini anda akan hanya rasa di Mesir sahaja.
Adakah anda punyai persoalan dan punyai keinginan untuk belajar medik di Mesir? Ajukan soalan anda dengan hubungi kami di sini . Kami di Medic Mesir telah melahirkan puluhan ribu doktor sejak 2007! Doktor graduan Mesir antara doktor berkualiti yang bukan sahaja pandai ilmu medic, bahkan kuat juga ilmu agamanya. Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran pengalaman belajar Medik di Mesir.