My Travel Pass (MTP) untuk keluar negara bagi Warganegara Malaysia

Bermula tarikh 17 Mei 2021 , Jabatan Imegresen Malaysia (JIM) telah mengeluarkan syarat baru untuk warga Malaysia yang nak keluar negara.
  1. Warganegara yang nak keluar negara mesti memohon MTP (My Travel Pass) dari JIM secara online.
  2. Lima katogeri perjalanan yang tidak perlu memohon, hanya perlu tunjuk dokumen di kaunter imegresen adalah :
  • Diplomat dan pertugas kedutaan Malaysia yang perlu bertugas di luar negara.
  • Pelajar sedia ada / sambung belajar.
  • Pemegang pas jangka panjang di luar negara.
  • Bekerja di Syarikat petroleum dan perkapalan.
  • Pengiring pelajar untuk belajar (maksimum 2 orang)
  1. Katogeri berikut wajib memohon MTP.
  • Baru dapat tawaran kerja.
  • Baru dapat tawaran belajar.
  • Pelajar yang ingin ambil peperiksaan.
  • Pergi seminar, meeting, pameran, urusan bisnis.
  • Urusan kecemasan.

 

Cara memohon kelulusan MTP (MyTravelPass)

 

  1. Pasti beli tiket penerbangan sebelum memohon.
  2. Buat permohonan secara online di link berikut : https://mtp.imi.gov.my/myTravelPass/main, Pilih MALAYSIA
  3. Pilih katogeri “travel purpose”
  • Long term pass
  • Official visit / business
  • Medical / emergency
  • Others (Kalau tak pasti katogeri apa pilih je Others)
  1. Isi semua dokumen peribadi seperti yang diminta
  2. Lampirkan dokumen sokongan
  • Pasport
  • Visa atau pass pelajar / kerja
  • Offer letter
  • Tiket penerbangan
  • Dokumen-dokumen berkaitan
  1. Jabatan imegresen akan maklumkan melalui email apabila Sudah menerima permohonan.
  2. Jabatan imegresen akan memalumkan melalui email apabila permohonan diluluskan.
  3. Setelah mendapat kelulusan MTP kalian kena buat PCR test. PCR test lalu untuk 72 jam dan pasti masa 72 jam tersebut cover lokasi transit.

 

 

Artikel penuh @ https://denaihati.com/cara-memohon-my-travel-pass-mtp…

Amirul Fahim, May 20, 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button