Majlis Perjumpaan Penerangan Gagasan 1 Malaysia dan Dialog Isu-Isu Pelajar Perubatan di Mesir di bawah kelolaan Agen-Agen Penghantaran

Assalamualaikum wbth,
1. Semoga semua anak2 di Mesir berada didalam pemeliharaan Allah swt. Ummi merujuk kepada surat dari Pejabat Perdana Menteri diatas yang membawa maksud yang agak jelas.

2. Untuk tujuan penyelarasan majlis diatas, sukacita sekiranya dapat anak-anak yang berpeluang untuk hadir meluangkan masa ke majlis tersebut.  Untuk tujuan kelancaran ke majlis tersebut, MedicMesir menyediakan khidmat pengangkutan ke ARMA, Kaherah. Mohon kerjasama sesiapa yang BOLEH HADIR  maklumkan dilink ini. Nyatakan jika anda memerlukan pengangkutan. Pengangkutan adalah TERHAD.  Sila isi sebelum jam 9 pagi, Khamis, 26hb Januari 2011 (waktu Mesir).

3. Menurut perbualan telefon diantara Dato Shahlan Ismail dengan Ummi sebentar tadi, MedicMesir juga dijemput ke mesyuarat khas diantara Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri dengan pihak Kedutaan dan EME.  Oleh itu, sukacitanya dapat dikongsi permasalahan yang mungkin dapat Ummi ketengahkan melalui Dato’ Shahlan, selaku wakil YAB Perdana Menteri.

4.  Antara isu yang telah dibincangkan dan akan diketengahkan adalah ;-
    a. Isu Yuran – Tiada usaha serius mana-mana pihak untuk mengurangkan kadar yuran di universiti.
    b. Isu Yuran pelajar mengulang tahun.
    c. Isu fail yang lewat sampai yang merangkumi pelajar agensi dan KPT. 
    d. Isu menangani pelajar ponteng 🙁
    e. Isu nisbah pelajar dan pensyarah yang semakin dipandang ringan di sesetengah Universiti
    f.  Isu tajaan pelajar persendirian.

5.  Oleh kerana kebanyakan agensi lain tidak menghadirkan diri, maka, dengan ini di BUKA KEPADA SEMUA PELAJAR TANPA MENGIRA AGENSI  untuk  berkongsi apa-apa isu tambahan.  Mohon sekiranya dapat dibekalkan isu spesifik agar dapat membantu Ummi mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dengan fakta yang boleh membantu pihak wakil YAB Perdana Menteri membantu menyelesaikannya. InshaAllah. Makluman isu tambahan sila email terus kepada ummi.medicmesir@gmail.com dengan kadar SEGERA.

6. Kita berdoa agar majlis ini berjalan lancar dan misi wakil pejabat YAB Perdana Menteri mencapai misinya untuk kebaikan semua anak-anak di Mesir. Ameen. 

Salam Ikhlas,
UmmiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Call Now Button