‘MUMTAZ PLAN’ ~PERANCANGAN DAN BUDGET JOM MUMTAZ SESI KEDUA 2012 /2013


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wtbh,

1. Alhamdulillah, setakat ini keputusan imtihan Sem 1 yang telah diumumkan adalah Mansoura Manchester dan Program Pergigian , Alexandria University. InshaAllah, yang lain-lain dalam proses.



2. TAHNIAH kepada yang CEMERLANG ! Bagi yang kurang cemerlang, usaha dengan penuh ITQAN dan IKHLAS untuk semester yang kedua.  Memandangkan ramai yang memperolehi keputusan yang cemerlang, maka persaingan akan bertambah hebat. Oleh itu apa juga keputusan anda, teruskan Istiqamah ! Semoga Allah akan mempermudahkan segala usaha kita.

3. Posting ini adalah mengenai permohonan budget untuk JOM! Mumtaz bagi sesi yang kedua. Semua muhafazah, diminta untuk menyediakan kertas cadangan JOM! Mumtaz masing-masing dan menyerahkan kepada Koordinator Program JOM! Mumtaz , Cik Asma’ Amatullah Hasanuddin di email   asma.amatullah@gmail.com dan cc ke ummi.medicmesir@gmail.com


4. Sila ambil maklum bahawa permohonan peruntukan boleh mengambil kira perkara-pekara dibawah:-
a. Kos Tutor 100LE satu sesi
b. Fotokopi
c. Kos Makan (budget 10LE ) untuk setiap kelas JOM Mumtaz yg diluluskan.
d. Bahan Pembelajaran Tambahan seperti ‘lab material’ atau ‘skeleton’ dan buku-buku rujukan.
e. Makan semasa imtihan. Dari beberapa hari sebelum imtihan sehingga tarikh akhir imtihan. Terhad kepada 30 hari untuk sesi final exam.
f. Jaulah.



5. Untuk tujuan Jaulah selepas imtihan, MedicMesir boleh menyediakan peruntukan ke Luxor / Aswan / Abou Simbel. Bagaimanapun ini TERHAD kepada mereka yang mengikuti sepenuhnya 100% program JOM! Mumtaz, samada One Off atau Berkala.


6. Setiap uni mestilah mengemukakan perkara-pekara dibawah semasa permohonan budget;-
a. TAKWIM dari bulan Feb – June 2013
b.  Budget secara terperinci
c.  Format ‘Tutor Evaluation Form’
d.  Senarai nama pelajar mengikut group JOM! MUmtaz
e. Senarai nama pelajar mengikut study group dengan keputusan Sem 1 masing-masing.
f.  ‘Study Group Evaluation Form’

7. Setiap kumpulan “Study Group” mestilah mempunyai perancangan khas (MUMTAZ  plan) untuk memastikan setiap kumpulan mencapai keputusan yang cemerlang. Mana-mana kumpulan yang ingin mendapatkan sesi khas bersama Ummi MedicMesir atau Cik Asma atau mentor masing-masing adalah dialu-alukan. Ini adalah untuk memastikan kita komited dalam memastikan kejayaan luar biasa untuk imtihan akhir tahun ini.



8. Sila ambil maklum, semua perancangan dan permohonan mesti sampai melalui email selewat-lewatnya pada 20hb Februari 2013. Permohonan yang tiba lewat TIDAK AKAN DILAYAN.  Segala pertanyaan bolehlah mengunakan BORANG PERTANYAAN JOM! MUMTAZ 2013 (di link ini).


9. MedicMesir berdoa agar semua anak-anak MM akan terus berjaya, dunia dan akhirat. Jangan mudah mengalah! ‘Keep Fighting!’. Allah akan sentiasa bersama kalian.


Salam Sayang,
UmmiMM

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button