Suntikan Vaksin Covid-19 Pelajar di Mesir.

Assalamulaikum wbth IbuAyah yang dirahmati Allah .

 

1. Ramadhan Kareem. Semoga Ramadhan ini dilimpahi dengan keberkatan dan keampunan buat semua.

2. Saya memang ada menerima kegusaran dari IbuAyah mengenai hal vaksin yang diterima oleh anak2 di Mesir.

3. Pada pandangan saya, kita bersyukur kerana anak-anak kita termasuk dalam golongan yang awal menerima vaksin ini di Mesir. Sesuatu yang tak saya jangka juga. Alhamdulillah.

4. Mengenai kesan sampingan, ianya sangat minimal dan sangat terpencil. Setakat ini maklum balas dari anak-anak di Mesir sangat positif.

5. Anak-anak kita di Mesir antara yang sangat terdedah dengan wabak ini. Jadi sewajarnya mereka menerima vaksin ini sekarang dan tidak menunggu apabila balik bercuti di Malaysia nanti.

6. Tarikh suntikan kedua dan kaitannya dengan perjalanan balik ke Malaysia untuk cuti musim panas. Saya rasa hal ini boleh disusun dengan baik. Kesannya tidak lah memudaratkan perjalanan anak-anak. Ya, memang perlu di habiskan kedua-dua dos vaksin sebelum pulang bercuti.

Maaf jika ada yang terlepas pandang. Semoga anak-anak di Mesir dan keluarga di Malaysia terpelihara.

Ameen Allahumma Ameen.

Ana Uhibbukum Fillah,

UmmiMM
10 Ramadhan 1442

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Call Now Button